MY FOLLOWERS

Wednesday, November 7, 2012

Artikel - Kantoi Curang! :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Sepasang suami isteri yang telah mempunyai tiga orang anak sedang berbual sambil menonton televisyen dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
Suami  : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang beri ke dia duduk rumah kita?
Suami  : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, tandas kita?
Suami  : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami  : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami  : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan tuala saya?
Suami  : Takkan itu abang nak bagi kakak dan adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia saja.

Isteri : Beg tangan saya, kasut saya, set golf saya?
Suami  : Itu tak boleh, sebab dia suka beg tangan warna maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, set golf tak boleh sebab dia kidal...

Isteri : @..$%????!!!!!
Suami  : (Dalam hati) Alamak!!

No comments: