MY FOLLOWERS

Thursday, November 8, 2012

Paranormal - Kisah Hantu Kilang ....

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......

(Daripada sumber asalnya)



Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ini telah dimajukan untuk dijadikan kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 petang, seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam-kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran yang ditayangkan di tv ketika itu iaitu cerita jepun, apa tajuknya, itu aku sudah lupa. Memang cerita itu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa ketika itu, adalah seorang perempuan ini terjatuh dan entah di mana silapnya aku pun tidak tahu, mungkin terlanggar batu. Kepala perempuan itu terkena pagar, berdarah dan darahnya banyak juga mungkin mungkin terkena pada urat penting, habis merah lantai di situ dengan kesan darahnya. Keesokan harinya, perempuan tersebut pergi kerja seperti biasa. Hairan juga, mana mungkin dia tidak ambil cuti walaupun keadaan lukanya semalam sudah kelihatan agak baik. Lebih menghairankan, bagaimana luka seteruk itu boleh pulih dalam hanya semalaman. Kalau tidak silap, waktu kejadian itu tengahari, dia secara tiba-tiba menjerit-jerit macam orang kena histeria sehingga menarik-narik rambutnya sendiri. Lama juga dia dalam keadaan sebegitu sehingga menimbulkan suasana kelam kabut dan timbul juga rasa kasihan dengan keadaannya. Ada yang fikir mungkin dia menghadapi masalah. Pengurus kilang terpaksa menghantarnya pulang. 

Pada keesokkan harinya pula, kejadian menjerit-jerit ini berlaku lagi tetapi pada orang lain pula dan berlarutan kepada seorang demi seorang. Ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pula dibuatnya! Aku bernasib baik kerana tidak terkena. Kejadian ini berterusan hampir setengah bulan dan ramai yang berhenti kerja kerana takut sehinggakan kalau mahu ke tandas sekali pun mahu berteman. Pernah terjadi pada aku sebelum ini apabila tandas terkunci sendiri! Nasib baik ada yang dengar jeritan aku ketika itu. 



Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pengawal keselamatan di tempat kerja aku. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah perempuan yang terlanggar pagar itu. Menurutnya lagi, dahulunya tempat ini adalah tanah kebun milik seorang yang kaya di kampung ini dan oleh kerana takut hartanya dicerobohi, si kaya itu telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai 'pengawal' kebunnya. Apabila dia meninggal dunia, dia telah terlupa untuk menghalau 'pengawal' itu sehinggalah kilang itu didirikan. Gangguan yang berlaku mungkin disebabkan penunggu tersebut marah, selebihnya tidaklah pasti. Namun yang jelas, sejak dari itulah kejadian histeria kerap terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ini. Budak-budak yang terkena histeria itu ada menceritakan katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, yang menjadi punca kejadian menjerit-jerit itu.

Dan untuk menghalau penunggu itu, kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" (entah apa samak tu pun aku pun tak tau). Dipanggilnya bomoh yang entah dari mana untuk menghalau penunggu itu. Entah apa yang bomoh tu baca aku pun tidak tahu, tetapi selepas daripada itu kilang tempat aku bekerja pun kembali aman. Begitulah seadanya, selebihnya banyak yang khurafat.... 

No comments: