Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Jupiter, sebuah planet terbesar dalam sistem solar telah melalui satu detik perubahan drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam satu kajian terbaru.
Lingkaran besar pada atmosfera planet ini telah berubah warna, tompok radiasinya seperti terpadam dan menyala semula, tahap ketebalan awannya menebal dan menghilang.
"Perubahan yang dilihat adalah dalam skala besar," kata Glenn Orton,
saintis di NASA's Jet Propulsion Laboratory, Pasadena, California dalam kenyataannya pada 17 Oktober lalu. Orton dan rakan sepasukannya telah mengambil foto-foto infra merah planet ini dari 2009 hingga 2012 dan membandingkannya dengan foto-foto yang diambil oleh ahli astronomi amatur. Sebelum ini, ahli astronomi memantaunya pada 2009 hingga 2011 dan mendapati terdapat lingkaran besar berwarna coklat yang dipanggil South Equatorial Belt, menghilang dan kembali semula.
Planet Jupiter juga telah melalui impak 4 tahun kebelakangan ini sebagaimana diperolehi dalam pemerhatian sebelum ini. Sekurang-kurangnya terdapat 4 batu angkasa dengan diameter 45 kaki atau 15 meter melalui atmosferanya mencetuskan bola api yang dapat dilihat dari pemerhati Jupiter dari Bumi. Hentaman asteroid yang terbaru pada planet Jupiter berlaku pada 10 September lalu namun pengkaji tidak mempercayai bahawa impak daripada hentaman ini akan menyebabkan apa-apa gangguan dalam jangka masa panjang ke atas planet berkenaan.
KLIK SINI untuk berita penuh.
No comments:
Post a Comment