MY FOLLOWERS

Friday, November 16, 2012

Artikel - 'Saya Berjanggut Kerana Dia' : Lincoln

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Apabila melihat foto beberapa bekas Presiden Amerika, pasti ramai tertanya-tanya kenapa dia sahaja yang berjambang tidak seperti yang lain? 

Sebagai seorang tokoh, pasti ada sebab dia menyimpan jambangnya. Sebagaimana didedahkan di laman Yahoo Movies, berdasarkan banyak sumber termasuk "Team of Rivals', Abraham Lincoln menyimapn jambangnya selepas dia menerima sepucuk surat daripada seorang budak perempuan bernama Grace Bedell selepas dia terlihat satu poster kempen yang memaparkan Lincoln dengan wajahnya dicukur rapi.

Selepas membaca suratnya, Lincoln memutuskan untuk menerima kata-kata nasihat dalam surat budak perempuan itu. Ketika dia dicalonkan sebagai presiden pada November 1860, Lincoln menyedari bahawa jambang beserta topi stovepipe-nya itu boleh dijadikan imej trademark dirinya. Selepas beberapa bulan berutus surat, akhirnya mereka bertemu di platform stesen keretapi Westfield, New York. Bedell memberitahu Lincoln turun dari platform, menyatakan sebab dia menyimpan jambang kerananya kemudian menciumnya sebelum beredar.



KLIK SINI untuk lebih lanjut.

No comments: