MY FOLLOWERS

Wednesday, November 7, 2012

Artikel - Takut Terbang: Keadaan Yang Boleh Dirawat

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Awal bulan ini, seorang pemain bola keranjang NBA, Royce White mendedahkan dia takut untuk terbang dan katanya dia menjangkakan untuk melancong hanya dengan menaiki bas untuk bermain sekurang-kurangnya beberapa perlawanan bola keranjang untuk pasukannya, Houston Rockets.

Bagi ahli psikologi yang merawat ketakutan pada penerbangan dan pelancong yang telah mengatasinya berharap dia melupakan menaiki bas dan mendapatkan bantuan dalam masalah ini.
 
"Rawatan untuk keadaan ini sangat efektif sehingga 80% dan adakalanya ramai yang mendapatkan rawatan ini sudah boleh terbang," kata Todd Farchione, ahli psikologi dari Boston University's Center for Anxiety and Related Disorders, mengulas statistik yang dikeluarkan oleh pakar.
 
Farchione berkata rawatan ketakutan pada penerbangan membabitkan kombinasi standard terapi kognitif dan tingkahlaku. Ia melibatkan keadaan pemikiran pesakit, mencabarnya kemudian membantu mereka mengawalnya sedikit demi sedikit. 

Sesetengah program menggunakan simulasi penerbangan dan realiti maya, meletakkan pesakit dalam kapal terbang di atas tanah dengan dibantu oleh kaunselor.

Seorang lagi pakar psikologi, John Hart, yang merawat pesakit di Klinik Menninger di Houston berkata teras rawatan adalah dengan mendedahkan pesakit kepada sensasi penerbangan dalam keadaan pesakit menggunakan simulator penerbangan yang berbunyi bising dan mempunyai kerusi boleh bergoyang.

"Ia seperti duduk di kerusi kokpit dalam pesawat dengan paparan video seperti tingkap yang dapat melihat landasan dan lapangan terbang. Ia bergetar, melantun, terbang dan mendarat, dan memaparkan pelbagai keadaam cuaca," kata Hart.

Lisa Fabrega, seorang jurulatih yang tinggal di North Bergen, N.J., pulih menerusi bengkel Freedom to Fly di White Plains Hospital's Anxiety & Phobia Treatment Center di White Plains, New York. Program yang dihadirinya memerlukannya duduk dalam pesawat yang tidak terbang di lapangan terbang kecil dan bertemu dengan kapten American Airlines yang telah bersara.

Sebelum dia mengikuti bengkel ini, dia berkata "terfikir sahaja mengenai penerbangan membuatkan saya berpeluh-peluh." Dia kemudiannya belajar membayangkan dirinya dalam pesawat dan cuba mengatasi perasaannya.

Program White Plainsjuga memberikan galakan kepada terapi berbentuk pendedahan yang pelbagai seperti menaiki roda Ferris dan bermacam lagi. Sesi terakhir untuk terapi ini ialah menaiki pesawat komersial ke bandar berdekatan dan balik. 

Fabrega berkata disebabkan 'sakit' inilah dia terlepas banyak acara perkahwinan dan acara-acara lain. Jika diteruskan juga, dia terpaksa mengambil Xanax. Kini setelah pulih, dia tidak lagi memerlukan ubat itu dan bebas untuk ke mana-mana.


KLIK SINI untuk ke artikel penuh.

No comments: