MY FOLLOWERS

Thursday, November 8, 2012

Berita - Saintis Oregon Berjaya Cipta Embrio Versi Baru

Kredit kepada: Yahoo News 
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum........




Seorang saintis di Oregon telah mencipta embrio yang memiliki genetik dari seorang lelaki dan dua orang wanita dengan menggunakan teknik provokatif yang berkemungkinan suatu hari nanti digunakan bagi mengatasi masalah bayi mendapat sesetengah jenis penyakit bawaan genetik yang tidak boleh diubati. 

Para pengkaji di Oregon Health & Sciences University berkata mereka tidak menggunakan embrio berkenaan untuk menghasilkan bayi, dalam masa yang sama turut menyatakan adalah masih tidak jelas bilakah teknik itu akan digunakan sepenuhnya. Namun begitu, isu ini telah menjadi perdebatan di Britain mengenai risiko serta etika kerana saintis pernah cuba melakukan perkara hampir sama beberapa tahun sebelum ini. 

Kajian-kajian British yang dilaporkan pada 2008 membawa kepada berita mengenai kebarangkalian suatu hari nanti akan ada bayi yang mempunyai tiga ibu bapa. Kenyataan ini sedikit keterlaluan, kerana DNA daripada wanita kedua dalam embrio itu berjumlah kurang daripada 1% daripada genetik embrio dan ia tidak akan menjadi sebab bayi akan kelihatan berbeza daripada ibu dan bapa asal. Prosedur yang dijalankan adalah bagi menggantikan beberapa genetik tersebut yang terjejas yang menghalang sel daripada berfungsi secara normal. 

Kerajaan British meminta pendapat orang ramai berkenaan teknologi ini sebelum memutuskan sama ada ia boleh digunakan pada masa akan datang. Yang perlu diberi perhatian di sini ialah sama ada perubahan pada DNA bakal menjadi langkah awal kepada 'bayi rekaan' dengan ciri-ciri tertentu.

Persoalan lain yang turut timbul ialah keselamatan dalam teknik yang digunakan dan kesannya ke atas bayi daripada telur yang diambil serta keturunannya apabila dia membesar kelak. 

Pada bulan Jun yang lalu, satu kumpulan bioetika British yang berpengaruh telah memutuskan bahawa teknologi yang digunakan disifatkan beretika apabila ia telah disahkan selamat dan efektif. Pada 2011, sekumpulan panel pakar di Britain berkata tiada sebarang bukti menunjukkan teknologi tersebut tidak selamat tetapi menggesa kajian lanjut dijalankan.

Laurie Zoloth, seorang ahli bioetika dari Northwestern University di Evanston, berkata dalam satu temuramah bahawa masalah keselamatan teknik ini mungkin tidak dapat dilihat selama beberapa generasi. Beliau mengharapkan pihak Amerika Syarikat bersama-sama Britain dalam perbincangan secara meluas mengenai teknologi berkenaan. 

Beberapa tahun kebelakangan ini, saintis telah melaporkan beberapa eksperimen seumpamanya yang telah dijalankan ke atas monyet menghasilkan baka monyet yang sihat dan ujian yang dijalankan ke atas benih manusia juga menunjukkan keputusan yang menmberangsangkan. Para saintis Oregon melaporkan mereka telah menghasilkan sedozen embrio awal manusia dan mendapati teknik ini sangat efektif bagi menggantikan DNA.

Genetik yang mereka akan gantikan bukanlah dari jenis yang biasanya ditemui dalam sel nukleus yang akan memberikan kesan kepada cirinya seperti warna anak mata dan ketinggian. Namun genetik ini berada di luar nukleus dalam satu struktur yang dipanggil mitochondria yang diperturunkan menerusi ibu, bukan bapa. 

Menurut Dr. Douglass Turnbull dari Newcastle University di Britain, pasukannya sebelum ini melakukan transplan DNA antara telur-telur menggunakan teknik yang berbeza. Beliau menyifatkan kajian terbaru ini sebagai sangat penting dan menggalakkan kerana membuktikan transplan sedemikian boleh dilakukan. Namun, keselamatan masih menjadi isu dalam teknik yang digunakan sekiranya ia digunakan ke atas manusia. 


KLIK SINI untuk ke artikel penuh.



No comments: