MY FOLLOWERS

Wednesday, July 20, 2011

Artikel - Apabila Isu Aurat Diambil Berat

Kredit kepada: Beautifulnara
Gambar ihsan: Beautifulnara, Yahoo Images



Assalamualaikum....

Artikel ini adalah versi spin-off kepada artikel Apabila Isu Aurat Diremehkan yang saya tulis sebelum ini yang memaparkan sikap segolongan artis dan mereka-mereka yang terlibat dalam industri hiburan tanahair yang memandang remeh perkara yang seharusnya diambil berat dalam kehidupan, lebih-lebih lagi mereka ini di kalangan umat Islam sendiri. Memanglah satu sikap yang mengecewakan apabila ini berlaku. Hanya semata-mata kerana ini berjaya dalam bidang yang diceburi bukan bermakna amalan agama perlu ditolak ke tepi. Anda juga boleh membaca tulisan saya DI SINI dan DI SINI.

Namun di sebalik kekecewaan ini, terdetik rasa gembira dan syukur di atas perubahan positif sebilangan artis dan selebriti apabila ada yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik. Yang bakal berhijrah atau baru memulakan langkah juga sudah ada. Diharapkan contoh-contoh yang dipaparkan di bawah bakal menggembirakan anda:

Farah Diana Anuar (Farah AF2)


Baru sahaja melangsungkan perkahwinan (KLIK SINI)


Fazura - Dengar kata akan berhijrah juga. Harap jadi kenyataan (KLIK SINI)


Yang terbaru, Nurul Syuhada pengacara Majalah 3 bersama pasangannya (KLIK SINI)


Tahniah dan semoga terus berubah ke arah yang lebih baik. Diharapkan selepas ini akan lebih ramai lagi berhijrah ke arah yang lebih baik seperti mereka di atas.

3 comments:

asliner said...

harap2 niat kerana Allah..

iPai said...

moga berkekalan ..

Hani Honda said...

salam
da bnyk artis2 skrg da berubah :) mudah2an lgi rmi n berterusan lah perubahan itu...aminnnn :)

p/s : kunjungan pertama disini :)