MY FOLLOWERS

Saturday, July 16, 2011

Animasi - Tekken: Blood Vengeance

Kredit kepada: Wikipedia, Youtube
Gambar ihsan:Youtube


Assalamualaikum...




Plot

Tekken: Blood Vengeance (鉄拳BLOOD VENGEANCE) ialah sebuah filem animasi 3D berdasarkan siri permainan video Tekken yang dihasilkan oleh Digital Frontier dan diedarkan oleh Namco Bandai. Filem ini akan ditayangkan di pawagam-pawagam di Amerika Utara pada 26 Julai 2011 dan di pawagam-pawagam di Jepun mulai 3 September 2011. Filem ini bakal berada di pasaran dalam bentuk Bluray Disc mulai November 2011.




Plot bagi filem ini mengambil tempat ketika peristiwa di antara Tekken 5 dan Tekken 6, sewaktu Ling Xiaoyu ditugaskan oleh G Corporation untuk menyusup masuk ke sebuah sekolah antarabangsa di Kyoto bagi mengumpulkan maklumat mengenai seorang pelajar misteri bernama Kamiya Shin. Sebelum dia sempat meneruskan penyiasatannya, Shin telah diculik oleh penyerang yang tidak diketahui. Di samping mencari maklumat lebih mendalam berkenaan latarbelakang Shin untuk menyelamatkannya, Xiaoyu bekerjasama dengan Alisa Bosconovitch dan membongkar perkara yang menakutkan berkaitan Mishima Zaibatsu beserta konspirasi di sebalik keluarga Mishima.




Produksi

Filem ini pada awalnya diumumkan di acara Namco's "LevelUp" di Dubai pada 5 Mei 2011. Tayangan treler filem ini diadakan ketika acara berkenaan dan turut disiarkan di internet sejurus selepas itu. Filem ini diinspirasikan daripada siri permainan video popular diseliakan oleh Youchi Mori (Appleseed), sementara skripnya dikendalikan oleh Dai Sato (Cowboy Bebop). Penayangannya akan diadakan pada penghujung musim panas, juga boleh didapati dalam bentuk 3D. Dalam satu temubual berkumpulan ketika acara LevelUp di Dubai, dihadiri oleh Christian Donlan untuk Eurogamer, ketua projek Tekken iaitu Katsuhiro Harada mendedahkan bahawa Blood Vengeance sebenarnya telah berada dalam pembikinan sejak Januari 2010.

Pautan lain: Tekken Tag Tournament 2

6 comments:

MataHati @ MH said...

konpem kurang best, tak sebaik games... lagu suka layan games tekken

BLADE EDGE said...

xtau lg. kene tunggu dia release dulu, then tgk. hrp2 la mcm final fantasy vii advent children tu.

Anies Anessa said...

wohoooo games..

tak minat sgt laa.hehe

belogkiter said...

dah lama tak main game ni...

Raden said...

tak minat...hehe..best lg upin ipin

Akeyla Frr . said...

Waaaa ;D Macam best , hihi