MY FOLLOWERS

Sunday, July 31, 2011

Hiburan - Filem Adaptasi Permainan Video Yang Berjaya

Credits to: Wikipedia
Gambar ihsan: Wikipedia


Assalamualaikum...

Dalam membikin sebuah filem, banyak faktor yang membawa kepada kejayaan atau kegagalannya. Untuk menarik penonton untuk menontonnya dan memuaskan hati penonton bukanlah suatu kerja mudah. Daripada penulis skrip, pelakon, penerbit dan pengarah semuanya berperanan mencorakkan hasil yang diusahakan. Dalam dua entri sebelum ini saya paparkan mengenai filem adaptasi permainan video yang tidak berjaya. Kali ini saya paparkan pula beberapa filem yang diadaptasi daripada permainan video yang berjaya di pawagam dan di peringkat box office.


Resident Evil (1 -4)


Secara amnya, filem ini menerima banyak reviu negatif daripada pengkritik kebanyakannya menyentuh dari aspek zombi dan dialog karakter dalam filem berkenaan. Meskipun begitu, filem ini yang memulakan tayangannya di 2,528 pawagam seluruh dunia begitu berjaya dari sudut komersial dengan kutipan kasar $17,707,106 pada minggu pembukaannya dan mengutip $40,119,709 secara domestik dan sebanyak $102,441,078 dari seluruh dunia.


Prince of Persia


Filem ini diarahkan oleh Mike Newell dan diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Dibintangi oleh Jake Gyllenhaal, Gemma Arterton, Ben Kingsley, Alfred Molina dan Karl Urban. 

Filem ini mengetengahkan jalan cerita berkisar mengenai usaha Dastan menghalang pihak jahat daripada membebaskan pasir dari Dagger of Time yang mampu membalikkan masa. Elemen dari permainan videonya Warrior Within dan The Two Thrones turut diselitkan. 

Filem ini mendapat reviu yang pelbagai dan 36% pengkritik memberikan reviu yang positif daripada 209 reviu. Filem ini boleh dikatakan sesuai sebagai hiburan dengan pembaharuan berbanding filem adaptasi permainan video yang lain. Filem ini mendapat kutipan kasar sekitar $18 juta di peringkat antarabangsa pada minggu pertama tayangannya di 19 negara Eropah. Seminggu kemudian, ia ditayangkan di seluruh dunia dan mengutip sekitar $61.6 juta keseluruhannya daripada 47 buah negara dan $30.1 juta lagi di Amerika Utara dengan jumlah kutipan box office $91,695,259.


Lara Croft: Tomb Raider, The Cradle of Life


Filem ini berjaya secara komersial meskipun mendapat kritikan. Filem ini mendapat kutipan tertinggi secara keseluruhannya sebelum Prince of Persia mengambil tempatnya dengan kutipan USD 335 juta pada 10 Oktober 2010. Filem ini turut mendapat reviu yang negatif kerana dikatakan memaparkan plot yang tidak begitu masuk akal dan tidak begitu memberi impak kepada penonton. Walaubagaimana pun, filem ini berjaya di peringkat box office dan filem adaptasi permainan video yang ketiga terbaik dengan kutipan kasar keseluruhan $274,703,340 di belakang Prince of Persia dan Resident Evil: Afterlife,  dan masih mendapat tempat pertama berdasarkan jumlah jualan tiket. 


No comments: