Credits to: Family
Gambar ihsan: Family
Assalamualaikum...
Gambar si kecil bersama kasut kesayangan sebelum kasut itu hilang
Biasalah
bila namanya pun 'budak-budak'. Kalau pakai baju ataupun kasut, mana
pernah dipakai untuk tempoh lama. Sekejap, mungkin. Sebab? Kadar
tumbesaran yang cepat. Tidak dapat dielakkan, boleh diterima.
Sebab-sebab lain? HILANG!!
Asalnya,
pada Rabu lepas, selepas pulang dari ronda-ronda dan urusan di luar.
Sampai sahaja di rumah, si kecil masuk ke dalam rumah beserta kasut
kesayangan yang masih di kaki. Kasut ini agak istimewa bagi si kecil
kerana dihadiahkan dari seseorang dari Kuala Lumpur. Tapaknya keras dan
sesuai untuk berjalan di luar :-) Ibu? Entah..ke dapur agaknya. Papa?
Lepas solat, tidur...
Sesudah bangun seketika kemudian, dilihatnya si kecil bermain dengan sepasang kasutnya yang lain. Kasut itu asalnya sebagai spare,
manalah tahu kalau terjadi apa-apa ketika saat-saat diperlukan.
Kemudian barulah si Papa teringat, "Aina, mana kasut warna pink tu?" Si
kecil baru yang hampir 2 tahun usianya buat 'do-no' (baca: don't know)
sahaja, tidak tahu apa pun. Terus ditunjuk kasut berwarna merah. Lain
ditanya, lain pula jawapannya. Papa bertanya seolah-olah dia faham pula.
Habis ditanya seisi rumah. Tiada seorang pun yang tahu. Dalam hati,
"Kalau kasut ni pun hilang, masuk ni dah 2 pasang..."
Kasut berwarna merah jambu yang dimaksudkan. Sehingga kini belum ditemui.
Kemudian,
pada petang itu juga, sewaktu ahli keluarga yang lain keluar,
tinggallah si Papa berseorangan menggeledah seluruh rumah mencari kasut
kesayangan si kecil. Hasilnya? TAK JUMPA!! Hanya penat yang dapat!!
Mak Ja: Adik, nak gi jalan2 kene pakai kasut. Mana kasut?
Adik: Anye aa Pa. Acuk ilang (Tanya la Papa. Kasut hilang)
Geram
juga dibuatnya. Sekali lagi ditanya seluruh isi rumah, tiada juga yang
tahu. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja buat bacaan Yasin mohon
pertolongan supaya dapat dijumpai semula barang-barang yang hilang...
No comments:
Post a Comment