Credits to: Mother Nature Network
Gambar ihsan: Mother Nature Network
Gambar ihsan: Mother Nature Network
Assalamualaikum....
Dari sudut kefahaman biasa, apabila disebut 'binatang boleh terbang' pasti terlintas di fikiran akan haiwan seperti burung atau seumpamanya. Namun, dalam dunia biologi, istilah 'terbang' mempunyai makna yang lebih luas. Sesetengah haiwan selain burung turut menyesuaikan diri dengan berbagai cara meluncur, melayang, paracut, malah menggelembungkan badan ketika di udara.
Ikan terbang
Terdapat lebih daripada 60 spesis ikan terbang dalam keluarga Exocoetidae. Ikan yang menakjubkan ini telah berkembang dengan kebolehan melompat keluar dari air dan meluncur di atas permukaan air bagi mengelakkan diri daripada pemangsanya.
Sebagaimana yang pernah direkodkan, terdapat sesetengah daripada ikan terbang ini yang mampu terbang berterusan di atas permukaaan air sekurang-kurangnya 45 saat. Manakala sesetengah jenis ikan pula seperti ikan air tawar jenis hachet fish, sebenarnya berkemampuan membuka sirip dadanya menjadi seperti sayap apabila mereka melompat keluar dari air, yang membuatkannya terangkat seketika.
Katak terbang
Kebolehan meluncur telah berkembang sekurang-kurangnya dua kali dalam keluarga katak pokok, dengan sebahagiannya berupaya untuk mengesan di udara seperti rewang. Katak ini menyesuaikan diri dengan kebolehan ini kerana adanya membran jari kaki yang boleh bertindak seperti payung terjun atau sayap apabila katak ini mengembangkan anggota badannya ketika melompat.
Kebolehan terbang juga memberikan kelebihan kepada katak ini untuk tinggal di atas pokok bagi melebarkan jarak penerbangannya dan membolehkan ia berpindah dari satu pokok ke pokok yang lain dengan lebih mudah.
Tupai terbang
Sebanyak 44 spesis tupai telah memiliki membran yang berbulu yang boleh meregang dari pergelangan tangan ke kaki mereka yang membolehkannya meluncur di udara. Ciptaan berbentuk aeronautik ini sangatlah mengagumkan. Tupai ini mampu mengawal penerbangannya dengan sedikit pergerakan daripada bahagian badan seperti tulang pergelangan tangan dan menggunakan ekor sebagai brek udara.
Cicak draco dan cicak terbang
Cicak dari genus Draco menggunakan tulang rusuk dengan cara yang berbeza. Bukanlah untuk melindungi badan, sebaliknya menggunakan tulang rusuknya dengan melebarkannya keluar menjadikannya seperti sayap. Sesetengah spesis direkodkan melakukan penerbangan sejauh 60 meter secara berterusan. Spesis-spesis lain pula seperti cicak termasuk cicak spesis gecko telah berkembang dengan mempunyai kepak kulit di sepanjang ekornya, kepala, kaki dan badan bagi memudahkan mereka meluncur dari pokok ke pokok.
Colugos
Walaupun colugos adakalanya dirujuk sebagai kandau terbang, tetapi ia bukan kandau yang sebenar. Haiwan ini ditemui meluncur antara pokok di Asia Tenggara adalah haiwan mamalia yang terbaik dalam menyesuaikan diri dengan kaedah terbang selain kelawar. Sebelum ini, haiwan ini dirujuk mempunyai hubungan rapat dengan kelawar, namun ia lebih dekat kepada primat. Haiwan ini boleh terus berada di udara dalam jarak sekurang-kurangnya 70 meter tanpa turun rendah. Satu ciri yang mengagumkan dan ia mampu membesar sehingga mencapai saiz sebesar possum.
Sotong terbang
Walaupun ia kedengaran seperti filem seram, namun itulah kebenarannya. Terdapat sejenis sotong yang mampu melompat keluar dari air dan terbang. Satu spesis sotong Humboldt yang besar dan bersaiz jumbo dikenali sebagai haiwan yang agresif terhadap manusia. Meskipun kelihatan agresif, jika terlihat kelibatnya terbang, ia kelihatan lebih kepada melarikan diri daripada pemangsa. Sotong ini terbang seperti ikan terbang tetapi menggunakan sirip mantel sebagai sayapnya. Sesetengah daripada sotong terbang ini pernah dilihat memancutkan air keluar dari corong di kepalanya sebagai pendorongan ketika di udara.
Falanger terbang
Ramai yang keliru apabila mengenali haiwan ini sebagai tupai terbang kerana persamaannya dengan haiwan tersebut dari segi bentuk biologinya, namun sebenarnya ia adalah dari jenis marsupial yang telah berkembang dengan mempunyai membran berbulu berbeza daripada tupai. Haiwan ini boleh ditemui di Australia dan New Guinea, kebanyakannya hampir pupus.
Labah-labah mengembung
Ia adalah mimpi ngeri bagi sesiapa yang arachnophobia (takut labah-labah), tetapi kebanyakan labah-labah berupaya untuk terbang. Tidak sebagaimana haiwan terbang yang lain, labah-labah ini mempunyai kemahiran di udara untuk membentuk paracut menggunakan sutera. Sesetengah labah-labah dewasa begitu bergantung kepada gelembung ini untuk bergerak ke mana-mana, manakala labah-labah yang lain pula menggunakannya untuk meninggalkan sarangnya dan membina sarang baru di tempat lain. Terdapat sebahagian labah-labah ini telah membuat gelembung mereka pada ketinggian 16,000 kaki dari aras laut.
Ular yang meluncur
Sesetengah jenis ular pokok berkemampuan meratakan tubuh sekaligus membuatkan tubuhnya menjadi seperti sayap yang cekung. Pergerakan meluncurnya yang aerodinamik menyamai frisbee, dan ular ini mampu terbang sejauh 100 meter. Kebolehan terbangnya yang unik menarik minat ahli fizik yang ingin mengkaji bagaimana ular ini boleh meluncur di udara. Hasil pemerhatian, sesetengah daripada ular ini boleh membelok pada sudut tajam 90 darjah ketika meluncur.
Pautan berkaitan: Animals that fly
No comments:
Post a Comment