MY FOLLOWERS

Friday, July 8, 2011

Artikel - Stadium Gong Badak Selepas 2 Tahun

Kredit kepada: Teganukita
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dirasmikan pada bulan Jun 2008 sempena Sukma yang diadakan di Terengganu ketika itu. Bagaimana pun, stadium ini runtuh selepas genap setahun ia digunakan. Liputan mengenai tragedi tersebut mendapat liputan meluas di televisyen dan media cetak sebagai tajuk utama ketika itu. Selain padang bola sepak, ia turut menyediakan pusat boling yang kerap mengadakan perlawanan hampir setiap minggu.

Boleh dikatakan stadium ini digunakan secara agak aktif kerana pusat boling ini yang turut beroperasi setiap hari.

Mengimbau kembali insiden berkenaan, ia berlaku di sebelah pagi sekitar pukul 9.30 pagi. Pada ketika itu, para pekerja di pusat boling sudah memulakan kerja-kerja pembersihan sebelum ia dibuka kepada pengunjung jam 10.00 pagi. Ketika itu, berlaku gegaran seperti runtuhan di bahagian atap dan semua pekerja bergegas keluar. Penulis yang juga bekas staf di pusat boling berkenaan (sudah berhenti empat bulan lebih awal) agak terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut sewaktu ia berlaku. Banyak panggilan telefon dan pesanan ringkas turut diterima penulis, mungkin ada yang mencari kerana khuatirkan keselamatan diri kerana penulis sering juga singgah ke tempat berkenaan selepas waktu pejabat.

Sehingga petang hari kejadian, ramai pengunjung berpusu-pusu melewati kawasan stadium untuk melihat keadaan stadium berkenaan. Anda boleh lihat gambar-gambar di bawah yang dirakamkan sendiri oleh penulis:










Secara ringkasnya, perkembangan lanjut berkenaan insiden tersebut terus mendapat liputan media termasuk berkaitan penglibatan pihak luar serta kerja-kerja pembersihan yang giat dijalankan oleh kontraktor-kontraktor tempatan.

Menteri Besar turut menyatakan perasaan kesalnya ekoran apa yang berlaku.

Berita terkini mengenai perkembangan terbaru kerja-kerja pembersihan stadium ini boleh dibaca DI SINI.

1 comment:

abdooss said...

ada berita stadium bolasepak di Belanda pun baru runtuh.. 1 mati, ramai cedera..

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm