Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg
Assalamualaikum...
Perlumbaan untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi di dunia sehingga kini masih belum ada kesudahannya. Pelbagai negara cuba untuk mencipta nama masing-masing, bahkan negara kita juga pernah suatu ketika dahulu menyertai dan memenangi perlumbaan tersebut walau untuk seketika. Perlumbaan ini tanpa disedari menjelaskan lagi tanda-tanda "kiamat" yang semakin hampir. Itu satu keadaan!
Keadaan yang lebih utama untuk diperhatikan ialah, "dana" yang digunakan untuk pembinaan setinggi itu yang semestinya menelan sejumlah dana di tahap yang sangat dahsyat. Sekiranya perlumbaan itu berlaku dengan hebatnya di kalangan negara-negara barat, kita tidaklah begitu hairan, memandangkan rakyat mereka dan sekutu mereka hidup dalam keadaan yang "stabil".
Tetapi perlumbaan ini begitu mengujakan dalam kalangan negara-negara Arab! Sedangkan pada masa yang sama saudara seagama mereka bertarung nyawa dengan kebuluran, penderitaan dan penindasan tanpa ada yang membela. Ramai yang mati kelaparan, tiada tempat tinggal malah ramai yang dibunuh tanpa sebarang sebab. Tidakkah negara-negara Arab tersebut menyedari hakikat itu?
Jika mereka tidak mahu membantu negara Islam lain atas alasan tidak mahu mencampuri urusan negara lain, mungkin itu satu hal. Namun bukankah lebih baik jika mereka menyalurkan dana yang sebesar itu untuk mempertingkatkan teknologi melalui pembiayaan penyelidikan sains dan teknologi. Pastinya penemuan-penemuan yang hebat yang mengangkat martabat Islam seperti suatu ketika dahulu akan berlaku.
Siapakah yang akan membuka minda dan hati mereka? Dari sudut logik pula, siapakah yang akan menghuni atau menyewa mana-mana unit di tingkat teratas? Jika bangunan setinggi 50 tingkat pun sudah ada yang mengeluh kelelahan menaikinya, inikan pula yang setinggi ratusan tingkat.. Fikirkan...
1 comment:
hmmm..dah nama manusia... tak pernah puas..
Post a Comment