MY FOLLOWERS

Tuesday, June 14, 2011

Hidupan Liar - Haiwan Comel Yang Boleh Membunuh (Awas!)

Gambar ihsan: Mother Nature Network


Assalamualaikum...

Mungkin kita berpendapat haiwan comel seperti kucing atau hamster yang biasa dibela di rumah tidak berbahaya. Namun sebenarnya tidak begitu, kerana kebanyakan haiwan sebegini mampu membunuh.



Burung kasawari

Burung kasawari kelihatan seperti burung unta yang berwarna-warni dan boleh ditemui merayau-rayau di hutan hujan Australia dan New Guinea. Ia lebih suka menyendiri tetapi akan bertindak agresif dan melindungi wilayahnya jika diganggu. Berupaya melompat dan berlari dengan laju, burung ini mampu menyerang dengan cara menujah kukunya yang besar ke arah sasarannya.



Kucing liar

Di Amerika Utara, puma sangat jarang menjadi ancaman kepada pengembara dan kanak-kanak. Namun, bagi kucing terbesar di dunia seperti harimau, singa, jaguar, harimau bintang dan cheetah boleh mengundang bahaya jika diperlakukan secara salah. Dianggarkan terdapat 15,000 ekor haiwan ini dikurung di Amerika Syarikat dan sebilangan kecil sahaja disimpan dalam zoo yang bertauliah.



Katak damak beracun

Warna karismatik dimilikinya mungkin menarik perhatian, namun ia sebenarnya amaran supaya anda menjauhkan diri. Katak damak beracun adalah antara makhluk paling beracun di bumi. Penduduk asli India Amerika menggunakan rembesan toksik katak ini sebagai racun pada hujung damak sumpitan.


Gila monster

Cicak ini yang mempunyai bintik merah jambu atau jingga ialah satu daripada beberapa cicak berbisa di dunia dan merupakan cicak asli terbesar di Amerika Syarikat. Walaupun bergerak dengan perlahan, Gila monster berupaya membebaskan dos racun yang boleh membawa maut jika diganggu atau terpijak. Sekiranya digigit oleh Gila monster, tenggelamkan cicak ini dalam air untuk melepaskan diri anda daripada gigitannya.


Anjing laut jenis Leopard

Anjing laut jenis ini berada pada kedudukan teratas dalam rantai makanan di tempat asalnya di Antartik, dan ini adalah satu-satunya haiwan pemangsa yang anda tidak boleh berenang bersama. Ia berani, sangat berkuasa dan aneh. Ia diketahui turut menyerang manusia meskipun sasarannya kebiasaannya adalah penguin. Pada tahun 1985, kaki pengembara Scotland Gareth Wood telah digigit dua kali apabila anjing laut ini cuba mengheretnya dari ais ke dalam air, dan pada 2003 anjing laut ini mengheret Kirsty Brown, ahli biologi yang sedang snorkel ke dalam air sehingga menyebabkannya maut.



Kongkang (rujuk kamus BM-BI)

Haiwan ini kelihatan seperti tidak berbahaya, tetapi kongkang adalah satu-satunya mamalia beracun di dunia. Keadaan semulajadinya menjadikannya sangat popular dalam perdagangan haram. Orang ramai seharusnya mengetahui dan mengelakkan daripada racunnya yang dibebaskan daripada sikunya. Apabila diancam, haiwan ini akan mengambil racunnya dan dicampur bersama air liurnya. Ia juga akan menjilat rambutnya sebagai langkah berjaga-jaga daripada serangan pemangsa. Racunnya boleh membawa maut melalui kejutan anaphylactic.



Monyet atau beruk

Haiwan comel ini sangat biasa berada bersama manusia. Sesetengah penyakit bawaan monyet atau beruk sangat mudah untuk berpindah kepada manusia. Monyet kecil mampu memindahkan virus seperti hepatitis C melalui gigitan. Jenis yang lebih besar seperti beruk, chimpanzi, orangutan atau gorila pula mampu mencederakan jika diancam.



Sotong cincin biru (blue-ringed)

Kecil, tetapi boleh menjadi besar. Dikenali sebagai salah satu haiwan paling beracun di dunia. Ia tinggal di kawasan berair pasang surut merangkumi kawasan dari Australia hingga ke Jepun. Sering ditemui ketika mengharungi sekitar kolam dengan air yang pasang surut. Akan menggigit jika diusik atau terpijak. Racunnya tiada penawar dan mampu membunuh mangsa hanya dalam beberapa minit.



Sotong katak berwarna

Jangan sekali-kali cuba untuk membelainya! Walaupun berwarna dan menarik perhatian, ia sebenarnya membawa maksud 'amaran'. Ikan ini jarang berhadapan dengan manusia, namun racunnya boleh dianggap sebagai sangat toksik dan boleh membawa maut sebagaimana racun yang terdapat pada sotong blue-ringed.



Ikan pufferfish

Ikan pufferfish ialah haiwan vertebrata yang kedua paling beracun di dunia. Nelayan di kawasan perairannya menyarankan agar sarung tangan yang tebal dipakai bagi mengelakkan terkena racun dan mengelakkan risiko digigit sewaktu membuang mata kail. Racun daripada ikan ini tiada sebarang penawar, membunuh mangsa dengan cara melumpuhkan diafragma yang menyebabkan lemas.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

The cuter, the deadlier. hehehehe... :-D

8 comments:

Shila said...

katak tu comeelll sangat..!! teringin nk bela..

kongkang tu pn comel...


ikan pufferfish plak mcm mintak diciom..

kehkehkeh...

Mashe said...

semua binatang tuh comel la.... tambah2 ikan tuh~

ZaraZueyin said...

salam,
cantik gmbr2 kt sini
awk pecinta haiwan ye? ;)

Anonymous said...

serius comel gila... tapi mengerikan...
yang sotong tu memang aku terpijak je sebab tak nampak T^T

Ceiler Mun said...

ooo.. baru saya tahu.. ok.. nice entry :D

aienalias said...

semua nya macam menggelikan je.. boleh trauma kalau nampak binatang2 ni!!!!! :((

ainz said...

kongkang beracun??huuu...baru sy tau...info yang sangat berguna..

Lulu Caldina said...

kebanyakannya susah nak tgk skrg..