MY FOLLOWERS

Friday, June 24, 2011

Artikel - Fadilat Puasa Sepanjang Bulan Rejab (Bhgn 3)

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir.
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:

  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.




Doa pada bulan Rejab:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau, Ya Allah."

Fadilat Puasa Sepanjang Bulan Rejab (Bhgn 1 dan Bhgn 2)

1 comment:

YouSOF said...

InsyaAllah kita sama² buat bro... ;)


Aku tengah cari buku pasal Saidina Abu Bakar Al-Khattab.. tapi tak jumpa pulak kat kedai buku haritu..