MY FOLLOWERS

Wednesday, June 29, 2011

Kesihatan - Khasiat Pisang

Credits to: FineTuneYou
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....
Di sini saya sampaikan satu nasihat berkenaan khasiat petai. Mungkin ramai yang tidak tahu. Justeru, sekiranya anda sudah mengetahuinya, mungkin anda akan mula melihat perkara ini secara berbeza.

Dalam pisang terdapat tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Pisang turut mengandungi serat, yang memberikan sejumlah tenaga segera serta cukup banyak untuk melalui kehidupan seharian. Kajian membuktikan hanya dua hidangan pisang mampu memberikan tenaga yang cukup untuk satu sesi senaman aktif selama 90 minit. Maka tidak hairanlah pisang menjadi buah pilihan nombor satu atlet. 

Walaubagaimanpun, pisang bukan sekadar membantu memberikan tenaga untuk kekal sihat, ia turut membantu mengatasi pelbagai penyakit dan masalah kesihatan yang menjadikannya antara menu wajib dalam diet seharian. 

 
Masalah kesedihan/kemurungan:
Berdasarkan satu tinjauan yang dijalankan oleh MIND terhadap mereka-mereka yang mengalami masalah kemurungan, kebanyakan daripada mereka berasa lebih baik sesudah memakan pisang. Ini kerana dalam pisang terdapat tryptophan, sejenis protein yang ditukar kepada serotonin dalam tubuh yang membuatkan seseorang berasa lebih tenang, memperbaiki mood dan secara umumnya akan membuatkan seseorang itu berasa lebih gembira.

Sindrom prahaid - PMS (premenstrual syndrome):
Lupakan pil, makanlah petai. Vitamin B6 yang terdapat dalam pisang membantu mengawal tahap glukosa dalam darah yang memberi kesan kepada mood seseorang.

Anaemia:
Pisang juga tinggi dengan zat besi yang merangsang penghasilan haemoglobin dalam darah.

Tekanan darah:
Sebagai buah tropikal yang unik. pisang juga sangat tinggi dengan kandungan potassium dan rendah kandungan garam menjadikan ia sempurna untuk mengatasi masalah tekanan darah. Pertubuhan Food and Drug Administration (FDA) di Amerika membenarkan industri pisang menyatakan secara rasminya mengenai kelebihan buah ini yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah strok. 

Keupayaan otak:
200 orang pelajar di sebuah sekolah di Twickenham (Middlesex) yang menghadapi satu peperiksaan dibantu dari sudut pemakanan dengan diberi makan pisang ketika sarapan, rehat dan makan tengahari bagi merangsang keupayaan otak mereka. Kajian turut mendapati pisang yang kaya dengan potassium membantu menjadikan pelajar lebih peka dan pintar dalam pembelajaran.

Masalah sembelit:
Pengambilan pisang yang mengandungi serat dalam diet membantu mengembalikan tindak balas usus kembali normal tanpa perlu mengambil julap.

Hangovers (Pening kerana terlalu banyak minum alkohol - rujuk Kamus BM-BI DBP):
Salah satu cara paling mudah  untuk memulihkan rasa pening kerana terlalu banyak minum alkohol ialah dengan mengambil susu kocak pisang (banana milkshake), yang dicampur dengan madu. Pisang membantu meredakan perut, madu membantu mengembalikan tahap gula dalam darah yang telah habis, manakala susu melegakan dan menghidratkan semula sistem tubuh.

Pedih hulu hati:
Pisang mengandungi antasid semulajadi yang memberikan kesan kelegaan terhadap tubuh.

Mabuk hamil (morning sickness):
Mengambil pisang sebagai snek antara hidangan membantu mengekalkan tahap gula dalam darah dan mengelakkan masalah morning sickness.

Gigitan nyamuk:
Sebelum anda terfikir untuk menyapu krim gigitan serangga, cubalah gunakan cara ini dahulu - Sapukan kawasan yang digigit dengan bahagian dalam kulit pisang. Ramai yang berkata ia berkesan mengurangkan bengkak dan kerengsaan. 

Saraf:
Pisang juga kaya dengan vitamin B membantu menenangkan sistem saraf.

Lebih berat badan:
Kajian yang dijalankan di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja mendorong seseorang itu mengambil makanan ringan seperti coklat dan yang rangup/rapuh seperti biskut. Daripada sejumlah 5000 pesakit di hospital, pengkaji mendapati kebanyakan mereka yang obes bekerja dalam suatu pekerjaan yang penuh dengan tekanan. Laporan menyimpulkan untuk mengelakkan keinginan makan yang tercetus akibat perasaan panik, kita perlu mengawal tahap gula dalam darah dan menjadikannya stabil ialah dengan cara mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi setiap dua jam.

Ulser:
Pisang digunakan sebagai makanan diet bagi menentang gangguan usus (intestinal disorders) kerana teksturnya yang lembut dan licin. Pisang satu-satunya makanan asas yang boleh dimakan rasa bimbang bagi kes-kes yang over-chronicler.  Ia juga meneutralkan keadaan terlebih asid dan mengurangkan kerengsaan dengan menyaluti lapisan pada perut. 

Mengawal suhu:
Dalam banyak kebudayaan, pisang dilihat sebagai buah yang 'menyejukkan' yang boleh menurunkan suhu secara fizikal dan emosi ibu-ibu yang hamil. Sebagai contoh, di Thailand, wanita-wanita yang hamil akan memakan pisang untuk memastikan bayi mereka lihat dengan suhu yang dingin. 

Seasonal Affective Disorder (SAD): 
Pisang membantu pengidap SAD kerana ia mengandungi tryptophan, penambah mood semulajadi.


Merokok: 
Pisang juga boleh membantu mereka-mereka yang teringin untuk berhenti merokok. Vitamin B6, vitamin B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang membantu memulihkan tubuh daripada kesan pengambilan nikotin.


Stres: 
Potassium ialah mineral yang penting yang membantu mengembalikan degup jantung ke paras normal, menghantar oksigen ke otak dan mengembalikan keseimbangan air dalam tubuh. Apabila stres, kadar metabolisme badan akan meningkat ayng mengurangkan paras potassium dalam badan. Keseimbangan ini dapat dikembalikan dengan memakan pisang yang tinggi kandungan potassiumnya.


Angin ahmar (Strok): 
Berdasarkan kajian dalam "The New England Journal of Medicine", memakan pisang sebagai sebahagian diet kebiasaan dapat mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%.


Kutil/ketuat: 
Bagi mereka yang mengutanakan alternatif semulajadi untuk menghilangkan ketuat, ambil sedikit kulit pisang dan tekapkan atas ketuat dengan bahagian kulit yang kuning di luar. Lekatkan plaster di atasnya.

Sumber asal

Pautan lain:

7 comments:

Unknown said...

pisang sedapp ooo! hahahah :)

Anonymous said...

wwahhh..banyak nya info..nak mintak izin copy untuk koleksi..

THE GREEN said...

silakan copy :-)

zuwaidah said...

wowwwwww...info menarik...kak zu pun suka pisang

Anonymous said...

maceh banyak..teruskan post entry best2..boel baca pagi pagi sambil bekfes..

Cik Anita said...

salam..

nice info :)

eh eh ada tapinya!

kalau makan pisang banyak sangat akan menggemukkan! dan elakkan makan pisang selepas makan nasik! :)

belogkiter said...

saya memang suka pisang.. tapi tadi ingat awak nak cakpa pasal petai.saya salah baca ke atau awak salah tulis.ke saya salah faham