MY FOLLOWERS

Wednesday, June 29, 2011

Kesihatan - Kismis: Kepelbagaian dan Khasiatnya

Credits to: Wikipedia, Stevia Flora, Serik Kasih, Blog Aidura, Rosyidi.com
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Kismis adalah anggur yang telah dikeringkan. Kismis dihasilkan di banyak tempat di seluruh dunia. Kismis boleh dimakan secara mentah ataupun digunakan dalam masakan, dibakar atau secara bru. Di United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, dan Kanada, kata "raisin" dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada anggur hitam bersaiz besar yang telah dikeringkan, dengan "sultana" merujuk kepada anggur putih bersaiz besar yang dikeringkan, manakala "currant" pula merujuk kepada anggur Black Corinth kecil yang telah dikeringkan.


Kepelbagaian

Kepelbagaian kismis bergantung kepada jenis anggur yang digunakan, dan dihasilkan dalam pelbagai saiz dan warna termasuk hijau, hitam, biru, ungu dan kuning. Kepelbagaian anggur tanpa biji juga termasuk sultana (juga dikenali sebagai Thompson Seedless di Amerika Syarikat). Kebiasaannya, kismis dihasilkan dengan cara dikeringkan di bawah sinaran matahari, tetapi ada juga yang direndam dalam air atau dinyahhidratkan. Kismis kuning dihasilkan daripada jenis sultana, dirawat dengan sulfur dioksida (SO2) dan seterusnya dikeringkan secara pemanasan bagi memberikannya warna karakteristiknya. Anggur tanpa biji dari jenis Black Corinth juga dikeringkan di bawah sinaran matahari untuk menghasilkan kismis bersaiz kecil dinamakan Zante yang mempunyai warna yang lebih gelap serta rasa yang masam. Beberapa jenis kismis dihasilkan di Asia. Jika di Barat, kismis hanya dihasilkan oleh pekedai-pekedai runcit yang mempunyai keistimewaan tertentu berkaitan penghasilan kismis. Kismis hijau dihasilkan di Iran.


Khasiat

Kismis terdiri daripada 67% ke 72% gula mengikut berat, dan kebanyakannya daripada fruktosa dan glukosa. Kismis juga terdiri daripada 3% protein dan 3.5% serabut diet. Kismis juga sebagaimana buah prun dan aprikot, tinggi dengan antioksidan tertentu. Seperti juga buah-buahan kering yang lain, kismis mempunyai kandungan vitamin C yang rendah. Kajian terbaru oleh Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat turut mendapati meskipun kismis mempunyai kandungan gula yang tinggi, kismis mempunyai antioksidan yang membantu melawan bakteria dalam mulut yang mengakibatkan kaviti dan penyakit gusi. 

Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural. Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal. Selain itu, kismis juga mempunyai kandungan zat besi, potassium, magnesium, kalsium, vitamin B1, B3 dan B6.

Walaubagaimanapun, kismis boleh menyebabkan kegagalan ginjal pada anjing. Sehingga kini, puncanya masih belum diketahui.


Gula dalam kismis

Kismis mempunyai rasa manis kerana kadar kepekatan gulanya yang tinggi iaitu antara 30g fruktosa dalam setiap 100g. Gulanya boleh terhablur dalam buah apabila disimpan untuk satu jangka masa yang lama, yang menjadikan kismis kering itu kasar, namun itu tidak menjejaskan kegunaannya. Butir-butir gula ini boleh dilarutkan dengan cara mencelurkan buah dalam air panas atau cecair yang lain.




Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Antara kebaikan kismis ialah meningkatkan daya ingatan dan hafalan, menghilangkan rasa panas dalam badan, menghilangkan lendir, menguatkan saraf, menambahkan tenaga dan stamina bagi menguatkan tubuh badan. Kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli yang memberikan tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.

Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

"Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.

Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.

Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.

"Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli.

"Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga," ujar Tan Yen Sing.

1 comment:

armouris said...

lagi info tentang kismis di SIHAT SELALU - Rahsia Kismis