MY FOLLOWERS

Saturday, June 25, 2011

Paranormal - Hilang Dalam Kandungan

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

(Sebagaimana diceritakan oleh penulis asalnya)

Di sini ingin saya ceritakan apa yang berlaku pada kakak saya suatu ketika dahulu. Kejadian berlaku sekitar 80-an dan ketika itu kakak saya hamil 7 bulan. Pada masa itu, abang ipar saya bekerja sebagai pemandu bas yang memandu dari Johor Bharu ulang-alik ke Kuala Lumpur dan selalu tiada di rumah. Pada suatu malam, kakak saya bermimpi didatangi oleh seorang lelaki tua yang meminta bayi yang ada dalam kandungannya. Kakak saya tidak berikannya tetapi lelaki tua itu ambil juga, seperti merampas tanpa kebenaran. Keesokan paginya sejurus dia terbangun, perutnya sudah kempis. Kesudahannya, kakak saya sudah tidak boleh hamil lagi walaupun sudah berubat di banyak tempat.


Baru-baru ini bapa saya sakit kuat. Kedua-dua kaedah moden dan tradisional telah digunakan untuk mengubatinya. Semasa berubat, ada orang-orang kampung berkata bapa saya adalah dari keturunan Wali Songo, wali yang terkenal di Indonesia pada masa dahulu. Kiranya abang saya yang sulung sebagai keturunannya yang ketujuh dan dia sebenarnya memang berminat dalam ilmu-ilmu sebegini.


Suatu hari di penghujung tahun, abang saya yang ini kata dia pernah memasuki alam bunian. Katanya alam bunian tenang sahaja dan suasan sekelilingnya redup. Kemudian, dia terjumpa sekumpulan budak perempuan dalam lingkungan umur 20-an sedang bermain-main. Bila didekati, semuanya lari kecuali seorang sahaja yang tinggal. Di antara ramai gadis dalam kumpulan tadi, inilah yang paling cantik dan putih. Abang saya bertanya kenapa dia tidak lari dan dia pun menjawab, "Buat apa nak lari, kan ke kita sekeluarga?" Abang saya kehairanan. Kemudian dia pun bertanyakan nama ibu dan bapa budak perempuan ini dan dia pun menyebut nama kakak dan abang ipar saya yang kehilangan bayi dalam kandungan dahulu! Selepas itu, abang saya terus terjaga.