MY FOLLOWERS

Saturday, July 16, 2011

Animasi - Blade

Kredit kepada: Wikipedia, Youtube
Gambar ihsan: Youtube


Assalamualaikum....


Dalam entri sebelum ini yang memperkenalkan animasi Wolverine, ada dinyatakan Blade adalah salah satu daripada 4 karakter yang diketengahkan oleh Marvel Anime sebagai sebahagian daripada projek animasi keluarannya buat tontonan peminatnya di Jepun.

Blade (ブレイド) ialah siri keempat dan terakhir dalam projek Marvel Anime. Siri ini mempunyai 12 episod sebagaimana siri-siri lain. Jalan ceritanya ditulis oleh Kenta Fukasaku, anak kepada Kinji Fukasaku. Buat masa ini, siri ini dijadualkan untuk ditayangkan di saluran Animax mulai 1 Julai 2011.

Anda juga boleh membaca selanjutnya DI SINI.

Plot

Blade, seorang pemburu puntianak "Daywalker" yang dilahirkan hasil kacukan manusia dan puntianak selepas kejadian puntianak menyerang ibunya. Dia kini ke Jepun untuk melaksanakan misi untuk berdepan dengan Deacon Frost, iaitu puntianak yang telah membunuh ibunya. Dalam masa yang sama, dia juga akan berdepan dengan "Existence", sebuah organisasi puntianak yang misteri diubahsuai oleh Frost.


Selamat berhibur!

No comments: