MY FOLLOWERS

Wednesday, July 20, 2011

Sekadar Luahan - Saman dan Sengal ...

Credits to: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...

Ggrrrr...


Tahun lepas, penulis disaman oleh polis trafik ketika tiba di sekatan jalan raya di kawasan sebelum Masjid Terapung Kuala Terengganu. Bayarannya cuma RM80.00 sahaja ketika itu dan tiada gambar daripada kamera speed trap. Legalah sikit sebab yang ini tidaklah seteruk cerita di bawah. Hahahahaha......

Pagi ini, satu surat berdaftar sampai di kediaman keluarga di Kuala Ibai. Ingatkan surat rasmi berkaitan urusan pejabat, rupa-rupanya surat saman JPJ akibat memandu laju. Bukan penulis yang memandu, tapi adik penulis yang memandu. Penulis berada di Kuala Terengganu.

Bila tengok dalam surat, siap ada gambarnya daripada kamera speed trap lagi. Haaa?!! Memang terkejut sebab gambar dari depan dan nampak jelas nombor plat kenderaan. Kadar bayaran saman ini adalahRM150.00 dalam tempoh 1-15 hari (kalau tidak silap), RM200.00 dan RM300.00 maksimum jika lewat melebihi 30 hari. Antara perincian yang ditulis dalam surat berkenaan (sekadar yang ingat):

Nama dan alamat pemunya: (Nama dan alamat bapa penulis)
Jenis dan nombor kenderaan: Proton Saga / C** ****
Tarikh dan masa kesalahan: 17/5/2011 8.56 AM
Lokasi: Lebuhraya Elite
Kesalahan: Memandu laju 112km/j di kawasan 90km/j, lebih 12 km/j.

Surat rasminya bertarikh 3.7.2011 tetapi diminta membayar saman berkenaan dalam tempoh tujuh hari bermula 6.7.2011. Lalu berlakulah perbualan sms ini antara penulis (P) dan adiknya, M.

P: Eh, aku kat kuala ibai ni. balik kejap. tadi ada surat saman mu sampai d rmh. kete mu c** **** kene saman kat highway elite. bawak 112kmj. ape2 hal, tanye mak la...
M: Brape saman??
P: Max rm300 kalo lambat bayor.
M: Bile kene bayor??
P: Bayor dlm tempoh 7 hari mula pd 6.7.11.
M: Sengal! suruh bayor start 6hb?
P: Padan la muka! Surat sampai awal...main bawak suke ati sape suruh?!! hahahahaha....

Dia pun sebelum ini suka juga gelakkan orang, kali ini kenalah sekali. Rasakan!! Hahahahaha...

No comments: