Gambar ihsan: Google
Strok haba atau juga dikenali sebagai strok matahari ialah keadaan penyakit akibat serangan haba yang teruk, juga diistilahkan sebagai hyperthermia dengan suhu badan melebihi 40.6 °C (105.1 °F) disebabkan oleh pendedahan kepada haba persekitaran dengan kekurangan thermoregulasi.
Ini berbeza daripada demam dengan peningkatan fisiologikal pada suhu asas dalam badan. Kata 'strok' dalam 'strok haba' ialah satu kesilapan nama yang tidak melibatkan sebarang sekatan atau pendarahan dalam aliran darah ke otak.
Kaedah pencegahan termasuk minum air yang banyak dan mengelakkan haba berlebihan dan kelembapan adalah sangat perlu dalam situasi tempat yang tidak ventilasi seperti tempat parkir kereta, yang boleh memanas dengan cepat.
Rawatan yang diperlukan adalah penyejukan tubuh dengan seberapa segera.
Simptom dan tanda...
Biasanya strok haba terjadi dengan hyperthermia dengan suhu melebihi 40.6 °C (105.1 °F) dengan keadaan disorientasi dan kurang berpeluh.
Sebelum terjadi, ada tanda-tandanya seperti pening, kekeliruan, sakit kepala dan lemah badan. Kalau terjadi ketika mangsa tidur, tanda-tandanya lebih sukar untuk dikesan. Bagaimanapun, dalam situasi lain, mangsa mungkin akan berpeluh berlebihan.
Kanak-kanak mungkin akan alami penyitaan atau seizure.
Strok haba terjadi bila regulasi terma yang terlebih disebabkan kombinasi penghasilan haba metabolik secara berlebihan, haba persekitaran yang tersangat tinggi, dan pembebasan haba yang tidak cukup, yang akhirnya menyebabkan suhu badan menjadi tidak normal.
Bahan yang menghalang penyejukan dan menyebabkan dehidrasi seperti alkohol, stimulan, ubat-ubatan dan perubahan berkaitan fisiologi mempengaruhi keadaan strok haba itu sama ada 'classic' atau non-exertional heat stroke (NEHS) yang kebanyakannya berlaku di kalangan yang sudah berusia dan individu yang lemah dalam situasi musim panas dengan pengudaraan yang kurang. Exertional heat stroke (EHS) boleh berlaku di kalangan orang muda yang tiada masalah kesihatan atau perubatan. Kebanyakannya berlaku di kalangan atlet, buruh, anggota tentera dalam aktiviti di cuaca panas atau mereka yang terlibat menggunakan PPE dalam kerjanya.
Dalam persekitaran panas atau lembap, adalah penting untuk kenalpasti tahap kelembapan yang boleh mengurangkan keupayaan badan untuk sejuk sendiri menerusi perpeluhan dan penyejatan. Bagi manusia dan haiwan berdarah panas, suhu badan yang tinggi boleh mengganggu reaksi biokimia yang mengawal enzim dalam badan yang penting untuk respirasi sel dan fungsi banyak organ utama.
Langkah pencegahan
Risiko terkena strok haba boleh dikurangkan dengan pemantauan bagi mengelak terlebih panas dan dehidrasi. Pakaian yang longgar membolehkan perpeluhan dan sejatan berlaku untuk sejukkan tubuh.
Dalam cuaca panas, perlu banyakkan minum air bagi menggantikan cecair yang hilang sewaktu berpeluh. Rasa dahaga menandakan tubuh seseorang perlukan minum air. Petunjuk lain ialah warna urin. Warna kuning gelap petanda bagi dehidrasi.
Rawatan
Suhu badan mesti diturunkan secepat mungkin. Mangsa perlu dialihkan ke tempat yang lebih sejuk sama ada dalam bangunan atau di tempat teduh. Pakaian ditanggalkan untuk membolehkan pengeluaran haba. Kaedah penyejukan aktif perlu juga digunakan. Contoh: rendamkan mangsa dalam air sejuk atau gunakan baju hipertermia. Memberi tekanan sejuk pada badan, kepala, leher, dan kelangkang akan membantu menyejukkan badan mangsa. Boleh juga letakkan mangsa berdekatan kipas dan penyaman udara.
Merendamkan badan mangsa dalam tab air sejuk dikenali sebagai kaedah berkesan untuk sejukkan badan mangsa. Kaedah ini perlukan beberapa orang untuk dilaksanakan dan mangsa perlu dipantau sebaiknya sepanjang dia dirawat. Elakkan kaedah ini kalau mangsa tidak sedarkan diri tetapi kalau tiada pilihan, gunakan kaedah ini dengan kepala mangsa berada di atas paras air.
Keadaan mangsa harus diperhatikan dan distabilkan oleh petugas perubatan yang terlatih. Degup jantung dan pernafasannya perlu dipantau dan CPR dibuat kalau jantung mangsa terhenti.
No comments:
Post a Comment