MY FOLLOWERS

Tuesday, July 9, 2019

Sekadar Luahan - Catatan Perjalanan KT-Dungun pada 6.7.2019

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner


Rancangan perjalanan hari ini adalah untuk mendapatkan stok 'bubble' yang merupakan salah satu bahan yang akan dicampurkan dalam produk minuman terbaru kami ketika ini iaitu Bubble Tea. 

Rancangan membuka bisnes minuman ini sudah ada sejak beberapa hari sebelum itu sebagai menggantikan rancangan membuat mozarella cheese stick berikutan masalah kos dan persaingan. 






Produk minuman ini, sebagaimana perbincangan awal mendapati ia menggunakan sejumlah modal yang lebih murah, mudah untuk dipasarkan serta keuntungan yang lebih berbaloi. Cabaran permulaannya hanyalah pada bahagian butirnya yang dipanggil 'bubble' itu.


Sebelum memulakan langkah ini, kami telah merujuk terlebih dahulu beberapa video tentang bagaimana bubble ini dihasilkan secara 'hand made' dan dimasak hanya di dapur rumah. Untuk jumlah kecil, ia kelihatan mudah namun untuk menghasilkannya bagi jualan secara 'mass production', ia memakan masa yang agak lama. Pengalaman pertama sebelum ini, kami seramai 3 orang menghabiskan masa selama sekitar 6 jam untuk menghasilkan butir sebanyak satu dulang! 

Daripada jualan kali pertama, kami lihat hasilnya begitu memuaskan walaupun sedikit. Jumlah sedulang butir untuk beberapa cawan bubble tea habis sekitar 2 jam! 

Disebabkan tempoh menghasilkan butiran ini memakan masa yang lama, jadi kami putuskan untuk mendapatkannya dalam jumlah yang banyak yang dijual di kedai tertentu.

Untuk itu, pada 6.7.2019, kami membelinya di sebuah kedai di Dungun. 





Pada awalnya, mahu bertolak pagi tetapi dilewatkan kerana ada sedikit kerja memanah yang perlu diselesaikan dahulu. Sekitar jam 1.00 petang, kami bertolak dari Kuala Terengganu menerusi lebuhraya LPT. Perjalanan yang dilalui hingga ke susur keluar di Bukit Besi mengambil masa sekitar 1 jam. 


Setibanya di Sura Gate, kami teruskan pemanduan hingga melalui jalan ke pejabat JKR Dungun dan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, hingga ke kawasan lot kedai di Jalan Lim Tek Wan. 

Kami menemui kedai yang menjual barangan untuk minuman ini menggunakan maklumat dari laman Facebook dan aplikasi Google Maps. Untuk memudahkan urusan, kami putuskan untuk membeli stok dalam jumlah yang banyak.


Sekitar jam 3.00 petang, kami ke Nash Archery untuk menyelesaikan urusan berkaitan memanah dan bisnes. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan membuatkan kami perlu tunggu seketika hingga ia reda dan kami bertolak pulang sekitar jam 5.30 petang. Gerai memanah di lagun Masjid Terapung juga ditutup hari ini bagi memberi laluan kepada urusan ini. 






Menghala pulang, kami lalui semula susur masuk ke LPT dari arah Dungun selepas stesen minyak Petronas dan simpang lampu isyarat. Awalnya mahu terus ke susur masuk tetapi bertukar pula rancangan kerana perlu mengisi minyak kenderaan. Sebelum tiba di stesen minyak, kami lalui dahulu Kampung Binjai, Kampung Delong, Kampung Pinang dan Kampung Baru Sungai Binjai. 






Kami ke stesen minyak Shell berdekatan simpang lampu isyarat, yang menghala ke Ajil, Bandar Muktafibillah dan Kuantan. Ketika ini jam sudah tunjukkan pukul 6.15 petang. Dari sini, kami putuskan untuk tidak naik semula ke LPT kerana sudah dekat dengan kawasan Felda Jerangau dan SK Landas kerana ia memakan masa kurang daripada 1 jam untuk sampai ke Landas dan Bukit Diman. 

Sekitar jam 7.00 malam kami sudah tiba semula di Persimpangan Ajil bersebelahan dengan Ajil Transformation Center (ATC) dan tiba di rumah jam 7.30 malam. 







No comments: