Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kini aplikasi telefon pintar yang menghubungkan pengguna kepada alat bantuan mendengar sedang dibangunkan bagi membantu dan membolehkan mereka yang bermasalah pendengaran meningkatkan kadar kekuatan input yang didengari pada peralatan yang digunakan seperti fon kepala bagi mendengar panggilan telefon, atau mendengar muzik dan video di Youtube. Dianggarkan sekitar 36 juta rakyat Amerika yang dewasa mengalami masalah pendengaran, sebagaimana maklumat daripada National Institute of Deafness and Other Communication Disorders.
Namun hanya seperlima sahaja daripada kalangan mereka ini berupaya menikmati kelebihan ini.
Menurut Lars Viksmoen, ketua eksekutif bagi GN ReSound, sebuah syarikat pembangun peralatan pendengaran berpengkalan di Denmark, masyarakat sememangnya perlukan alatan pendengaran yang baik, tetapi yang membezakan pesaing di pasaran ialah sambungan ke peranti telefon pintar, jadi mereka perlukan aplikasi. Aplikasi baru keluaran syarikatnya yang diberikan percuma, ReSound Smart for the iPhone, akan menukar peralatan mendengar kepada fon kepala dan membolehkan penggunanya mengubah sendiri tetapan (settings) mengikut kesesuaian masing-masing seperti kekuatan suara, trebel dan bunyi bass selain tetapan spesifik mengikut kawasan.
Steve Aiken, pembantu profesor di bahagian audiologi di Universiti Dalhouse di Nova Scotia, Kanada, berkata aplikasi tersebut akan memberi manfaat kepada mereka jika ia dihubungkan kepada teknologi sedia ada yang memudahkan kehidupan. Walaubagaimanapun, masih terdapat risiko. Pendengaran pengguna boleh menjadi rosak sekiranya tetapan yang ditukar itu tidak sesuai dengan tahap pendengaran si pengguna dan otak pengguna perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan keadaan dengan bunyi yang sudah lama tidak didengari.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment