MY FOLLOWERS

Monday, March 10, 2014

Hiburan - Person of Interest

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



 
Person of Interest ialah satu siri tv yang sebelum ini bersiaran di TV2, merupakan satu siri drama jenayah terbitan Amerika Syarikat yang bersiaran di saluran CBS. Siri ini berdasarkan lakonlayar ditulis oleh Jonathan Nolan (adik-beradik Christopher Nolan, pengarah filem Inception, The Prestige dan trilogi The Dark Knight). Berkisar mengenai bekas pegawai CIA (Jim Caviezel) yang direkrut oleh seorang jutawan misteri yang pernah bekerja sebagai pegawai IT di sebuah syarikat keselamatan (Michael Emerson) yang berusaha sendiri membantu pihak berkuasa tempatan membanteras jenayah di sekitar bandaraya New York. CBS memperbaharui siri ini kini untuk musim ketiga pada Mac 2013.

Permulaan siri ini, jon Reese yang merupakan pegawai lapangan CIA dan bekas anggota Green Beret yang hidup secara berkelana selepas satu insiden yang menyebabkan kematian insan disayangi, dan dia juga diisytiharkan mati. Dia kemudiannya ditemui oleh Harold Finch, seorang jutawan dan genius perisian komputer menerusi paparan CCTV sekitar bandaraya ini yang juga hidup dengan identiti lain. Finch menjelaskan selepas peristiwa 9/11, dia mencipta sebuah sistem komputer untuk kegunaan kerajaan yang menghimpunkan segala maklumat berkaitan orang awam bagi membolehkannya mengesan sebarang ancaman dan bentuk jenayah. Namun, mesin ciptaannya mengesan lebih daripada itu. 


 
Pihak kerajaan bagaimanapun tidak begitu berminat dengan hasil berkenaan, tetapi Finch berusaha juga untuk membanteras jenayah berkenaan apabila nombor dan maklumat berkaitan orang sasaran muncul pada skrin komputernya. Maklumat berkenaan sasarannya diperolehi menerusi 'pintu belakang' yang terdapat dalam sistem yang dibinanya sebelum menghubungi Reese untuk menghalang apa jua bentuk jenayah yang bakal terjadi. Dia mengambil Reese bekerja untuknya bagi melakukan kerja-kerja pengawasan dan masuk campur apabila keadaan memerlukan, menggunakan semua kemahiran dan pengalamannya yang terdahulu. 

Mereka juga mendapat kerjasama daripada polis NYPD iaitu Lionel Fusco, seorang polis kotor yang dipaksa Reese bagi membantunya, dan Joss Carter yang cuba menyiasat mengenainya sebelum itu. Pada musim pertama siri ini, masing-masing tidak tahu mereka memberi kerjasama kepada Reese dan Finch. Selain itu, Zoe Morgan, seorang profesional 'fixer' juga terlibat membantu mereka jika keadaan sukar. Siri ini juga memaparkan banyak subplot berkaitan masa silam setiap watak yang terlibat. Sebuah jabatan dipanggil 'HR' yang terdiri daripada polis kotor yang bersekongkol dengan kongsi gelap dan mafia, penglibatan seorang hacker dikenali sebagai Root yang mempunyai akses kepada Machine, antara plot yang dipaparkan pada musim pertama dengan diakhiri dengan Finch diculik. 

Musim seterusnya, sebuah organisasi lain dikenali sebagai Decima Technologies cuba untuk mendapatkan akses kepada Machine. Musim ke-3, Reese dan Finch bertemu dengan sekumpulan hacker dikenali sebagai Vigilance, dengan penglibatan ejen Shaw, bekas pengintip yang mempunyai rakan setugas yang mati akibat terlalu dekat dengan 'Control'.

Lakonan Jim Caviezel, Taraji P. Henson, Kevin Chapman, Michael Emerson, Sarah Shahi, dan Amy Acker



Sumber sasaran:   SINI  |   SINI   |   

No comments: