MY FOLLOWERS

Monday, March 24, 2014

Kesihatan - Pentingkah Waktu Untuk Bersenam?

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Tidak kisahlah anda jenis yang berjaga malam atau yang selalu bangun awal pagi, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mengubah kecenderungan semulajadi tubuh. Jika anda menetapkan untuk bangun seawal 5.30 pagi untuk bersenam sedangkan anda sudah berjaga sehingga lewat malam, ia akan membuatkan pagi terasa menjengkelkan dan anda akan tekan butang 'snooze' dan sambung tidur. Tidur awal akan lebih membantu anda untuk bangun awal. Sebelum anda memberikan sebarang komitmen kepada jadual senaman yang ditetapkan, pertama sekali anda perlu tahu tentang anda dari jenis yang bagaimana. Lupakan sahaja tentang maklumat mengatakan senaman pagi lebih membantu membakar lemak, kerana jika anda tetap tidak cukup rehat pada malam sebelumnya, ini masih tidak akan memberikan apa-apa kesan. Anda sebenarnya tidak perlu pun 'the right time' untuk melakukan senaman kerana ia masih boleh dilakukan pada bila-bila masa. 

Pokok pangkalnya, anda boleh melakukannya bila anda rasa mahu melakukannya. Jangan ikut cara senaman yang menjadi tabiat jiran anda atau rutin pasangan anda, kerana ia mungkin tidak sesuai dengan anda. Lain orang, lain caranya. Bukan semua cara itu sesuai untuk semua orang. Jika anda masih belum tahu bila masa yang sesuai untuk melakukannya, boleh cuba untuk bereksperimen pada pelbagai waktu dahulu sebelum menetapkannya secara konsisten. Sesetengah wanita mengatakan senaman pada lewat malam membantu mereka tidur lebih baik manakala yang lain sudah tidur. Apabila sudah tahu bila masa yang sesuai itu, ada jalan untuk mencapai matlamat kesihatan yang disasarkan. Anda boleh cari rakan yang sama matlamat dengan anda dan lakukan bersama. 

Seperkara lagi, faktor diet dan tenaga. Sesetengah daripada kita boleh melakukan senaman dalam keadaan perut yang penuh. Paras tenaga akan rendah pada sebelah pagi jika anda terlepas makan malam sebelumnya, atau memakan makanan yang mudah hadam seperti nasi, roti atau yang manis. Memakan sedikit snek mungkin membantu anda untuk bangun keesokannya. Walau apa pun keputusan yang anda ambil, pastikan juga ia masih ada ruang yang fleksibel. Jadual senaman anda mungkin berbeza pada setiap keadaan. buat perancangan dengan betul dan ikutinya sebaiknya.



KLIK SINI untuk lebih lanjut.

No comments: