Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Kebosanan dengan menu makanan segera walaupun berbeza jenama, maka penulis pun beralihlah ke menu yang tidak segera. Bukanlah semuanya tidak sedap, sebenarnya banyak juga yang sedap, cuma terpulang kepada gaya masakan si tukang masak itu bagaimana dia melakukannya. Selain nasi lemak, kebelakangan ini penulis juga beralih selera kepada menu burger. Ringkas, cepat dan mengenyangkan; itulah yang paling segera pun. Masuk dalam perut pun boleh tahan juga lamanya. Kalau jadi makan malam pun boleh juga, sebelum kembali lapar semula pagi esok dan bersarapan.
Baru-baru ini penulis mencuba menu dari sebuah gerai burger di seberang jalan masjid Unisza berdekatan tempat cuci kereta. Selain burger ayam dan daging yang biasa, burger ikan pun menarik untuk dicuba. Banyak gerai yang dikunjungi sebelum ini akan kata 'sudah habis' memberikan petunjuk ia mendapat sambutan agak menggalakkan daripada peminatnya. Begitu juga dengan burger oblong. Untuk burger ikan, harganya antara RM2.20 dan RM2.50 bagi satu hidangan, manakala versi special (tambah telur), harganya menjadi RM2.50 ke RM2.80. Untuk malam ini, penulis mencuba burger ikan special dengan harga RM2.80, dengan dilebihkan sayur dan dikurangkan sos mengikut selera penulis. Mungkin di tempat lain ada yang kenakan harga RM3.00. Mungkin tidak sama dengan Prosperity, tetapi kalau sudah boleh ditokok tambah atau dikurang mana-mana bahagian yang mahu ikut selera masing-masing, itu dikira terbaik.
Ikutlah selera mulut masing-masing. Bagi burger oblong daging, harganya RM4.50, oblong ayam RM4.80 dan oblong kambing harganya RM6.00. Menu burger yang lain masih boleh anda pesan seperti biasa.
Selamat mencuba! :-)
Selamat mencuba! :-)
No comments:
Post a Comment