MY FOLLOWERS

Friday, March 7, 2014

Artikel - Teknologi Implan Otak Untuk Kawal Orang Lain

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Sebahagian daripada kajian ini juga mendapat inspirasi daripada filem 'Avatar'. 


Satu kajian dibuat bagi membolehkan seekor monyet mengawal pergerakan seekor monyet lain (konsep 'master and slave/puppet) dengan menggunakan fikiran dengan cara menghubungkan 2 otak monyet ini pada tulang belakang menerusi prostesis. 

Lumpuh disebabkan kerosakan saraf tunjuang atau saraf merupakan cabaran kepada teknik pembedahan masa kini. Saintis kini cuba mengembalikan pergerakan pesakit dengan perantaraan antaramuka mesin dan otak yang membenarkan mereka menggunakan komputer atau mengawal lengan robotik. 

Walaubagaimanapun, pihak pengkaji lebih berminat untuk mengetahui sama ada seseorang pesakit itu boleh menggunakan aktiviti otak untuk mengawal bahagian yang lumpuh. Harapannya adalah untuk mencipta pintasan yang boleh berfungsi bagi sistem saraf tunjuang yang rosak atau pangkal otal supaya pesakit boleh mengawal tubuh mereka sendiri. 

Dalam kajian dilakukan, pengkaji menggunakan prostesis ini untuk menghubungkan 2 ekor monyet resus. Monyet yang mnejadi 'master' disambung dengan wayar elektrod pada otaknya manakala seekor lagi sebagai 'puppet' disambung wayar elektrod pada tulang belakang. Monyet yang menjadi 'puppet' ditidurkan dengan bius bagi 'menghilangkan' sementara kawalan badannya. Komputer mencatatkan aktiviti otak monyet 'master' dan menghantar isyarat ke monyet kedua bagi membolehkan monyet pertama mengawal kursor pada tangan monyet kedua. 

Matlamat kajian ini bukanlah untuk membolehkan mengawal orang lain, tetapi lebih kepada merawat pesakit dengan kecederaan tulang belakang. Mereka membayangkan satu konsep dengan cara memasukkan mikrocip pada bahagian otak dan tulang belakang pesakit berkenaan yang akan merekodkan aktiviti otak bagi membolehkan mereka mengawal pergerakan anggota tubuh yang terjejas dan menghubungkan bahagian berkenaan dengan mikrocip yang dipasang.




KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: