Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Ada satu kedai yang kami temui di kawasan Setiu, setiap kali dalam perjalanan ke kampung di Kelantan, dengan namanya agak panjang tetapi dengan maksud yang agak 'catchy'. Bukan setakat satu tarikan, dengar nama kedainya pun sudah boleh buatkan kami tersenyum. Nama kedainya Mok Kite Maroh Jual Mahal (mak kita marah jual mahal). Walau belum pernah singgah di kedai berkenaan, tetapi daripada namanya sahaja kami menjangkakan mungkin barang-barang di kedainya dijual pada harga yang murah dan berpatutan. Kali ini penulis pula menemui satu trak ini ketika mahu keluar dari perkarangan masjid sesudah solat Jumaat dengan nama Mok Kite Maroh Malah-malah (mak kita marah malas-malas). Di bawahnya tertulis Rajin Sokmo (rajin selalu). Jangkaan, mungkin daripada bisnes keluarga yang sama. :-)
No comments:
Post a Comment