MY FOLLOWERS

Thursday, March 13, 2014

Hiburan - Ringer

Kredit kepada: wikipedia, watchseries, Google
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Ringer ialah siri yang bersiaran di saluran CW. Menampilkan Sarah Michelle Gellar sebagai kembar, Bridget Kelly dan Siobhan Martin, CW mengambil seluruh siri ini sebanyak 22 episod. Mengisahkan Bridget Kelly (Sarah Michelle Gellar) ialah salah seorang penari dan bekas penagih yang cuba pulih daripada ketagihannya yang tinggal di Wyoming. Dia turut mendapat perlindungan saksi oleh ejen FBI, Victor Machado (Nestor Carbonell) setelah bersetuju untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menentang bekas majikannya yang juga bertindak sebagai bos bagi sindiket jenayah, Bodaway Macawi (Zahn McClarnon), setelah dia menjadi saksi bagi satu pembunuhan dilakukan oleh bosnya itu. 

Kerana takut akan dibunuh setelah mengetahui Macawi juga telah membunuh beberapa orang lagi saksi yang mengaitkannya dengan jenayah lampau, Bridget lari ke New York bagi mendapatkan pertolongan kembarnya. Setelah ketibaan Bridget, Siobhan yang terus merahsiakan kewujudan kembarnya daripada keluarga, bertindak membunuh diri dengan terjun ke laut ketika mereka berdua di atas bot. Bridget kemudian menggunakan identiti kakaknya itu dan melalui kehidupan kakaknya yang serba mewah sambil cuba memperbaiki kehidupannya. 

Di samping itu, sedikit demi sedikit membongkar rahsia berkaitan dalam kehidupan kakaknya dengan berlakon sebagai kakaknya, menjadi isteri kepada suami kakaknya iaitu Andrew (Ioan Gruffudd) yang didapati cuba membuat pelaburan dalam skim pelaburan haram, anak tirinya Juliet (Zoey Deutch) yang dikatakan sanggup menipu untuk mendapatkan duit bapanya melalui skandal rekaannya dan saman mahkamah ke atas bapanya, kawan baiknya Gemma (Tara Summers) yang hilang dan kaitannya dengan bekas polis dan penyiasat persendirian bernama John Delario, dan suami Gemma iaitu Henry (Kristoffer Polaha) yang pernah ada hubungan sulit dengan kakaknya dan cuba mendapatkan bapa mertuanya, Tim Arbogast bagi melabur dalam syarikat Martin/Charles, serta juruaudit dalaman bagi Martin/Charles di Paris, Tyler Barrett (Justin Bruening). Satu-satunya individu yang tahu akan rahsia besar Bridget ialah penjaminnya di pusat pemulihan narkotik, Malcolm Ward (Mike Colter). Kehidupan Bridget semakin rumit apabila rahsia semakin terungkai dan mendapati sebenarnya ada orang alin yang turut berdendam dan mahu membunuh kakaknya.

Menampilkan Sarah Michelle Gellar, Kristoffer Polaha, Ioan Gruffudd, Nestor Carbonell, dan Mike Colter


Sumber penuh suspen:  SINI  |    SINI   |   



No comments: