MY FOLLOWERS

Monday, March 24, 2014

Hiburan - XIII

Kredit kepada: Wiki, watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



XIII ialah siri TV disiarkan di Perancis dan Kanada, yang diadaptasi daripada sebuah novel grafik dari Belgium oleh Jean Van Hamme dan William Vance, mengisahkan mengenai seorang penyiasat yang hilang ingatan yang cuba membongkar kembali sebuah konspirasi badan kerajaan selain mencari hubungkait dengan masa silamnya. Siri ini menyambung peristiwa dalam filemnya untuk siaran tv yang diterbitkan pada 2008, XIII: The Conspiracy, yang diterbitkan oleh Prodigy Pictures dan Cipango. Stuart Townsend sebagai "XIII", seorang ejen yang berkemahiran dan berpengetahuan, merupakan kontraktor bebas untuk kerajaan US. 

Selepas mengalami kerosakan pada bahagian otaknya sesudah menyelesaikan misi Roman Numeral Conspiracy, dia hilang ingatan tentang identitinya. 2 tahun sesudah peristiwa dalam mini siri drama ini, XIII dipenjarakan di sebuah penjara rahsia di Romania, kemudiannya berjaya melepaskan diri dengan kematian yang dipalsukan. Kerja sulit ini dilakukan dengan bantuan seorang petugas yang merupakan ejen yang setia kepada Wally Sheridan, yang mengatur rancangan bersama Presiden Ben Carrington dan beberapa pihak tertentu bagi menjejak maklumat berkenaan senjata syarikat Renelco, yang boleh diakses menggunakan sejenis perisian universal yang dicipta yang berupaya mengakses semua jenis teknologi, kemudian mengambilnya bagi kegunaan pihak kerajaan. Ejen Jones (Aisha Tyler) ditugaskan oleh Gerhardt (Tom Berenger) untuk melaksanakan tugasan ini. Cabaran dihadapi apabila 'coding' kepada perisian berkenaan begitu besar dan dipecahkan kepada 3 bahagian dan setiap bahagian disimpan dalam cip yang terdapat dalam 2 buah jam tangan dan sebentuk cincin. Bekerjasama dengan Ejen Jones, XIII mencari petunjuk dalam konspirasi ini dengan menjejaki sejarah latar belakang identitinya bermula dengan sekeping foto dia memancing di jeti sebuah tasik. 




Petunjuk ini kemudian membawanya kepada Jonathan Flay, yang dikatakan sebagai bapa angkatnya. Maklumat berkaitan konspirasi ini mula terbongkar sedikit sebelum mereka didatangi penembak yang dihantar pihak tertentu yang menyebabkan Jonathan dibunuh. Mereka kemudian bekerjasama dengan seorang penggodam komputer (Aaron Ashmore) bagi mendapatkan 'coding' yang lengkap kepada perisian ini. Siasatan bagi mendapatkan perisian ini turut membawa kepada beberapa siri tembak menembak yang menyaksikan terdapatnya orang dalam agensi yang membelot, Giordino bagi mendapatkan perisian berkenaan dan menggunakannya untuk kepentingan sendiri dan mendedahkan penglibatan ejen lain, Sean Mullway yang merupakan bapa sebenar kepada XIII, atau identiti sebenarnya sebagai Jason Peter Mullway.


Menampilkan Stuart Townsend, Roxane Mesquida, Aisha Tyler, Virginie Ledoyen, Caterina Murino, Greg Bryk, Stephen McHattie, Ted Atherton dan Tom Berenger.


Sumber pencarian:  SINI  |   SINI  |  


No comments: