Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum....
Ada sesetengah pihak cuba kawal kebebasan rakyat supaya rakyat patuh dan takut dengan kerajaan. Kalau begitulah keadaannya, mana hak kebebasan bersuara yang selalu dilaung-laungkan itu? Adakah kemajuan sesebuah negara atau jajahan itu hanya disumbangkan oleh satu-satu golongan sahaja sedangkan yang lain dipaksa diam dan ikut sahaja? Kalau yang memimpin atau golongan pemimpin itu salah, takkan mahu ikut juga. Bak kata orang, kalau yang salah itu diikut sahaja tanpa boleh dibantah, alamatnya nanti jadilah keadaan yang depan masuk gaung, yang belakang pun ikut juga masuk gaung. Jadi mana ruang untuk golongan bawahan untuk naik dan maju ke depan? Mana ruang untuk golongan bawahan untuk bawa pembaharuan? Mestikah diam dan biarkan sahaja diri dipijak-pijak golongan atasan supaya mereka boleh teruskan dengan kezaliman dan penindasan dan dibiarkan terus berkuasa? Ada juga yang membawa pemikiran berkenaan sehingga ke tahap seperti dalam pautan ini. Habis semua benda, kalau boleh mahu dikawalnya untuk pastikan rakyat sentiasa tidak boleh dan tidak dapat melawan mereka!
KLIK SINI untuk artikel penuh.
Menerusi laman berkenaan, anda boleh fikir sendiri. Kenapa sampai jadi begitu? Untuk elak daripada rakyat merusuh atau memulakan revolusi yang boleh menjatuhkan kerajaan?
Kebebasan bersuara adalah hak semua orang. Tidak boleh ditindas dan tidak boleh disekat. Bijak pandai sangatlah ramai dalam dunia hari ini. Beri peluang mereka untuk curahkan segala idea yang baik untuk kemajuan. Kuasa di tangan manusia tidak pernah kekal lama, sampai masanya akan ditarik balik sama ada suka atau tidak. Selama mana pun seseorang berada di tampuk pemerintahan, sampai masanya nanti terpaksa turun dan serahkan kuasa pemerintahannya kepada yang lain. Bak kata orang, pemerintahan yang baik itu diikuti, pemerintah yang zalim itu diperangi. Sejarah manusia sejak zaman berzaman telah menunjukkan banyak bukti mengenainya. Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku itu. Rakyat tidak semestinya ikut sahaja tanpa usul periksa seseorang pemerintah. Kalau ada idea lebih baik yang boleh menyumbang kepada kebaikan sesuatu pemerintahan itu, sumbangkanlah. Mungkin sedikit, tetapi manalah tahu ia boleh menjadi sesuatu yang baik buat semua...
No comments:
Post a Comment