MY FOLLOWERS

Wednesday, March 5, 2014

Kesihatan - Bahan Bebas Toksik Sebagai Pencuci Dapur

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment


Assalamualaikum.....



Anda tidak perlu lagi bahan kimia untuk mencuci dapur anda yang kotor sebaliknya cubalah penyelesaian gaya hijau untuk rumah yang bersih dan sihat seperti berikut:

Sos tomato membersihkan ketuhar anda secara semula jadi
Jika terdapat kesan hitam yang degil dalam ketuhar anda, panaskan ketuhar pada suhu sangat rendah untuk memanaskannya. Kemudian, letakkan sos tomato pada kesan tersebut, gosok dan biarkan ia selama lima minit, ia akan menghilangkannya! Anda juga boleh menyimpan semula periuk tembaga anda yang telah berubah warna dengan sapukan sedikit lapisan nipis sos tomato, gosok kemudian bilas dan keringkan.

Kerajang aluminium (aluminium foil) boleh bersihkan barangan perak
Perak yang telah berkarat boleh dihilangkan dengan menggunakan 'aluminium foil'. Anda cuma perlukan 1 liter air, 1 sudu besar baking soda dan satu keping aluminium foil dan didihkan kesemua sekali. Letak barangan perak anda ke dalam cecair tersebut selama 10 saat dengan gunakan penyepit. Sangat ajaib! Anda juga bola gunakan keranjang timah tersebt untuk menggosok sisa makanan daripada kuali.

Kulit buah oren secara semula jadi membersihkan tompok air
Jangan buang kulit buah oren setiap kali mengupasnya. Ini kerana kulit buah oren boleh menghilangkan kesan bintik air di paip air logam. Anda juga boleh menyinarkan kayu yang kelihatan lama dengan menggosoknya menggunakan kawasan putih pada kulit buah oren. Selain itu, ia juga baik untuk menangkis serangga.

Ubat gigi boleh membersihkan dinding kotor
Dinding kotor? Picitkan ubat gigi yang bukan gel sedikit pada tempat kotor dan gosok dengan kain buruk atau berus, kemudian bilas dengan air. Ubat gigi juga bertindak sebagai deodoran semulajadi terhadap bau masam, jadi cuba untuk menggosok menggunakan ubat gigi pada botol bayi yang berbau dan kemudian bilas.

Lemon membersihkan peti sejuk anda
Jika peti sejuk anda berbau, celupkan kapas atau span dalam jus lemon dan biarkannya di dalam peti sejuk selama beberapa jam untuk meneutralkan bau. Selain daripada itu, anda juga boleh gunakan jus lemon pada mana-mana kawasan yang selalu ada serangga, seperti ambang pintu atau tingkap. Ini akan menyahkan mereka jauh-jauh. Tambahan lagi, mencuci lantai anda dengan jus lemon dan air akan menghalang lipas dan kutu, yang mana membenci bau tersebut.

Cuka mencuci saluran tersumbat
Cuka putih mempunyai pelbagai guna, dan ia lebih lembut serta berkesan daripada produk yang banyak di pasaran. Saluran tersumbat? Atasinya dengan menuang 1/2 cawan baking soda diikuti dengan 1 cawan cuka, kemudian siram dengan air panas beberapa minit kemudian.

Garam membersihkan karat
Jika kuali besi anda berkarat selepas kerap kali dibasuh, tuangkan kira-kira 1/4 cawan garam ke dalamnya semasa ia panas, dan gosok dengan berus dawai. Kemudian lapkan sehingga bersih, dan sapukan sedikit minyak sayur-sayuran sebelum menggunakan atau menyimpannya.

Air mendidih boleh menghilangkan gris
Air mendidih akan menyahkan gris sama seperti kebanyakan produk komersial. Celup kain buruk ke dalam air panas yang menggelegak, dan menggunakan siku anda untuk mengelap dapur atau gelombang mikro anda. Untuk kesan lebih efektif, campurkan soda penaik sedikit dengan air untuk menghasilkan satu larutan, kemudian gosok.

Hidrogen peroksida membunuh kuman secara semula jadi
Campuran hidrogen peroksida dan air akan membasmi apa sahaja. Simpan campuran tersebut di dalam botol semburan di bawah sinki anda sebagai alternatif yang lebih selamat untuk dijadikan peluntur.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: