Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Ini satu hal. Kes tidak faham tatabahasa atau vocabulary. Diceritakan oleh seorang kawan di sini. Ada satu kes bila dua lelaki terjumpa seekor ular. Seorang kata 'ulor!' seorang lagi terus kata 'katok la' dan adegan sama berulang beberapa kali sebab yang seorang tidak faham, ingatkan disebutnya 'katak'. Pening!
Untuk faham maksudnya kena lihat dalam loghat Terengganu, 'ulor' ialah ULAR, manakala 'katok' bermaksud PUKUL. Sebutan 'kattok' barulah bermaksud KATAK (frog) dalam bahasa standard.
Satu lagi kes yang agak mengelirukan bila orang tanya 'Dok pahang ke?' bukan semestinya bermaksud 'Duduk/tinggal di Pahang ke?' sebab soalan ini juga membawa maksud 'Tak faham ke?'
Soalan - Pahang dokk?
:-D hahahahaha.....
No comments:
Post a Comment