MY FOLLOWERS

Wednesday, March 19, 2014

Jalan-jalan Cari Makan - Nasi Lemak Berlauk

Kredit kepada: tiffinbiru
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Entah kenapa sebenarnya kebelakangan ini kerap 'gian' dengan menu nasi lemak. Mungkin juga sebab datangnya rasa bosan dengan menu lain yang kebanyakannya hampir sama, kalau tidak nasi berlauk, makanan segeralah jawabnya. Pun begitu, makanan segera bukanlah bagus untuk kesihatan, sesekali sahaja tidak mengapalah, lagi pun harganya yang agak 'ehem..ehem..' (faham-fahamlah) membuatkan diri ini selalu berfikir 4 atau 5 kali sebelum melangkah masuk ke restorannya atau membatalkan sahaja niat untuk ke sana. 





Sebaliknya memilih untuk melencong ke mana-mana warung makanan tidak segera, terutama jika ada yang tawarkan dengan harga yang lebih rendah. Nasi lemak antara yang menjadi perhatian kebelakangan ini. Sebelum ini, ada gerai Tuti Fruitty dan nasi lemak selera KL dengan pelbagai lauk tetapi disebabkan kawasan penjualan dinaiktaraf, maka tiada lagi gerai berkenaan dan gerai lain mengambil tempat. 

Sebagaimana tajuknya, sebenarnya tiada pun nama berkenaan dalam senarai menu di gerai nasi lemak ini dibeli. Yang ada cuma senarai nasi lemak serta beberapa lauk lainnya seperti sambal ikan bilis, sambal sotong, kerang, kentang, ayam goreng dan pelbagai lagi. Yang pastinya anda boleh memesan nasi lemak ini pada harga serendah RM2.20 sahaja sepinggan dengan item asas dalam nasi lemak yang biasa iaitu nasi, sambal, timun, sepotong telur rebus, kacang dan ikan bilis goreng. Jika anda tambahkan lauk-lauk lain, itu terpulang pada anda dan harganya juga mengikut apa yang anda pesan itu. Untuk minuman, anda perlu ke gerai lain. Gerai ini terletak di kawasan medan selera Mydin Mall, Padang Hiliran, Kuala Terengganu. Ia berhampiran dengan KFC dan deretan gerai lain. 

Menikmati nasi lemak di gerai yang agak baru dibuka ini mengingatkan pada satu artikel yang dibaca sebelum ini mengenai luahan selebriti masakan, Chef Wan tentang bagaimana sepatutnya nasi lemak yang lengkap yang merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat kita. Bukan hanya sekadar letak nasi, sambal dan sepotong telur goreng sahaja dan bayar tambang penerbangan dengan harga yang mahal. Hal ini juga disebut dalam blog masakan Che Mat Gebu (tiffinbiru.com) dalam satu entri beliau tentang nasi lemak yang serba lengkap dengan hidangan tambahan lain seperti sambal udang, tempe dan ayam goreng. 


Anda boleh KLIK SINI dan lihat sendiri variasi nasi lemak dan hidangan lain di blog beliau.   

No comments: