Kredit kepada:
Yahoo News, HM, Kosmo, Astro Awani, Tranungkite, The Star, BH,
TengokTVOnline, Salon.com, laman Presiden PAS
Gambar ihsan: Owned
Gambar ihsan: Owned
Assalamualaikum.....
Sebelum ini penulis pernah paparkan entri berkenaan tragedi pesawat MH653 yang terhempas dan mengorbankan individu penting dalam negara pada 1977. Sekiranya tragedi sebegini tidak berulang, pastinya itu mungkin satu-satunya tragedi pesawat yang berlaku dalam negara ini. Pun begitu, sebagaimana ramai sudah tahu, pada 8.3.2014 berlaku satu tragedi yang telah mengorbankan seluruh isi kapal termasuk 12 anak kapal dan 227 penumpang dalam pesawat MH370.
Pesawat yang sepatutnya menghala ke Beijing itu tidak sampai ke destinasinya pada 6.30 pagi hari yang sama seperti dijadualkan, sebaliknya hilang dari pengesanan radar apabila merentasi Laut China Selatan sebelum melalui Ho Chi Minh di Vietnam. Ketika itu disiarkan berita melaporkan transponder pesawat dimatikan. Ia kemudiannya dikesan radar tentera dan didapati berpatah balik atau istilahnya 'Air Turn Back' dan melalui kawasan Selat Melaka menghala ke titik Igari seterusnya ke Lautan Hindi dan mengakhiri penerbangannya pada 24.3.2014 di kawasan terpencil di laut berkenaan dengan jarak 220km dari barat daya Perth, Australia.
Maklumat ini juga disokong oleh paparan bukti daripada satelit Australia yang menunjukkan terdapat serpihan di kawasan berkenaan yang berukuran 24m panjang. Selepas itu, maklumat lain diterima daripada satelit China yang turut mengesan 2 lagi serpihan berukuran 23.2m dan 12m. Penemuan serpihan bersaiz 22.3m itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Australia kepada Perdana Menteri Malaysia. Hal ini kemudiannya disahkan dan pengakhiran pesawat MH370 ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media dan disiarkan menerusi siaran Laporan Khas MH370 di saluran TV3 jam 10.00 malam pada 24.3.2014.
Bukti dipaparkan dari beberapa satelit luar negara dan yang terbaru dari satelit Inmarsat dan AAIB serta bantuan dari 26 buah negara untuk mengesan bangkai pesawat termasuk kotak hitamnya membolehkan usaha mencari dan menyelamat dilakukan dengan segera. Ini kerana mengambil kira jangka hayat sumber kuasa kotak hitam berkenaan yang hanya dapat bertahan selama 30 hari bermula dari saat pesawat terhempas dan dalam tempoh ini, isyarat 'ping' masih dapat diterima.
Selain itu, operasi SAR ini melalui cabaran berbeza kerana keadaan cuaca dan kelajuan arus lautan berkenaan yang berbeza dengan yang di Lautan Atlantik. Sejak dari hari pertama kehilangannya, sudah banyak berita disiarkan di media tempatan dan luar negara. Selain peristiwa ini, antara lain mengenai persoalan mengapa pihak kerajaan dikatakan lambat bertindak apabila ada radar mengesan pesawat tidak dikenali, tindakan undang-undang dan pampasan insurans yang besar ke atas setiap mangsa kemalangan dalam pesawat, reaksi ahli keluarga mangsa dalam pesawat berkenaan serta kesan tragedi ini ke atas seluruh industri penerbangan di Malaysia dan seluruh dunia.
Pengalaman pihak luar dalam tragedi pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik turut diambil sebagai rujukan penting. Ini kerana bangkai pesawat tersebut dapat dikesan dalam tempoh seminggu selepas ia terhempas dan kotak hitamnya ditemui selepas 2 tahun tragedi itu berlaku. Sehingga kini, walaupun ahli keluarga mangsa rata-ratanya sudah menerima kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini, usaha kerajaan dengan kerjasama pihak industri penerbangan MAS dan ketenteraan dari negara yang terlibat dalam operasi SAR diteruskan bagi mengesan bangkai pesawat berkenaan. Sekiranya kotak hitam berkenaan dapat ditemui dengan lebih cepat, maka data yang direkodkan dapat digunakan untuk dimasukkan dalam simulator penerbangan bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang seluruh tragedi ini.
Sebentar tadi, ada disiarkan berita ringkas di TV9 (tulisan berita bahagian bawah) menyatakan satelit Perancis menemui lebih 100 serpihan di kawasan pencarian. Harapnya operasi SAR semakin dipermudahkan dan dapat dipercepatkan.
Sebentar tadi, ada disiarkan berita ringkas di TV9 (tulisan berita bahagian bawah) menyatakan satelit Perancis menemui lebih 100 serpihan di kawasan pencarian. Harapnya operasi SAR semakin dipermudahkan dan dapat dipercepatkan.
No comments:
Post a Comment