MY FOLLOWERS

Thursday, March 13, 2014

Berita - Fosil Dinosor Pertama Negara Dijumpai di Pahang

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Saintis dari 2 buah universiti telah menemui fosil dinosor yang memakan ikan di satu kawasan di Pahang, dan yang pertama di Malaysia. Tinggalan daripada spesis keluarga Spinosauridae itu dipercayai berusia 65 hingga 145.5 juta tahun dari penghujung era Mesozoik yang juga merupakan era bagi hidupan reptilia ketika itu. 

"Kami berjaya mengesahkan kewujudan dinosor daripada penemuan fosil gigi haiwan itu." kata Dr Masatoshi Sone, Profesor yang mengetuai pasukan kajian ini dari jabatan geologi Universiti Malaya dengan kerjasama pakar paleontologi reptilia, Profesor Ren Hirayama Universiti Waseda di Tokyo. 

Fosil berkenaan ditemui pada Ogos tahun lalu ketika ekspedisi mencari tinggalan dinosor di Malaysia bermula pada September 2012. Selain itu, mereka juga menemui sampel gigi berukuran 23mm panjang dan 10mm lebar. Haiwan ini disifatkan sebagai karnivor, memakan ikan dan dipercayai bersifat separa akuatik. Walaubagaimanapun, sampel berkenaan adalah terlalu kecil untuk mereka membongkar lebih lagi berkenaan haiwan ini seperti jantinanya. 

Spesis spinosaurid adalah haiwan pemangsa dengan bentuk tengkorak panjang seperti buaya dan bergigi tajam dengan gerigi yang kecil.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: