MY FOLLOWERS

Thursday, March 13, 2014

Hiburan - NCIS: LA

Kredit kepada: Wiki, Watchseries, Google
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



NCIS: Los Angeles (Naval Criminal Investigative Service: Los Angeles) ialah siri drama tv Amerika Syarikat yang menggabungkan elemen militari dan prosedur polis yang disiarkan di saluran CBS, diikuti NCIS di Amerika Syarikat. Siri ini adalah spin-off kepada siri NCIS yang asal yang berjaya, yang juga merupakan spin-off kepada siri tv JAG yang disiarkan di saluran CBS. Pada Oktober 2009, pihak CBS telah memberikan lampu hijau kepada siri ini untuk siaran penuh sepanjang musimnya menjadikan musim pertamanya sepanjang 22 episod. Musim berkenaan dipanjangkan lagi apabila pihak CBS berpuas hati dengan siarannya dan mengumumkan tambahan 2 episod lagi. Musim kedua bersiaran pada September 2010 dan pada Mei 2011, CBS memperbaharui siri ini untuk musim ketiga. 

Siri ini telah melalui crossover dengan siri Hawaii Five-O dengan menampilkan Kensi Blye (lakonan Daniela Ruah) bagi menyiasat mengenai satu rakaman video dari kamera tersembunyi yang dibawa oleh Steve MacGarrett yang membongkar mengenai "Shelburne". Pada Januari 2012, CBS emngumumkan satu lagi crossover antara dua siri ini dengan menampilkan Chris O'Donnell dan LL Cool J dalam Hawaii Five-0 musim 2 episod, "Pa Make Loa" dan menampilkan Daniel Dae Kim dan Scott Caan ke dalam salah satu episod NCIS: Los Angeles musim 3 episod, "Touch of Death".  Siri ini disambung untuk musim ke-4 pada Mac 2012 dan disambung lagi untuk musim ke-5 pada September 2013.


Menampilkan Chris O'Donnell (Batman Forever, Batman & Robin, Vertical Limits), Peter Cambor, Daniela Ruah, Adam Jamal Craig, LL Cool J, Linda Hunt, Barrett Foa, dan Eric Christian Olsen



Sumber rujukan: SINI  |  SINI  |  

No comments: