MY FOLLOWERS

Wednesday, March 26, 2014

Jalan-jalan Cari Makan - Black Pepper Chicken Chop

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum..... 

Asalnya ingin mencuba menu lain, tetapi berubah haluan atas cadangan diberikan. 




Kali ini saya ke kedai makan yang tidak asing lagi, Mama Chops Papa Grill. Kedai makan ini ada beberapa cawangan antaranya di seberang jalan selepas simpang lampu isyarat stesen minyak Shell Desa Damai, Batu Buruk; dan di jalan masuk selepas lampu isyarat ke Kelab Golf bersebelahan kedai makan Nasi Kukus Sempoi, Gong Badak, Terengganu. Bukan tidak pernah langsung makan menu ala Barat atau Western ini, cuma sudah agak lama tidak merasainya. Jadi, kali ini saya memesan menu Black Pepper Chicken Chop dengan harga RM12.00 sehidangan bersama Nescafe O Ais dengan harga RM2.00 segelas besar. Menu lain juga boleh anda cuba, antara lain ialah Lamb Chop dan Fish n Chip. Air buah juga disediakan dengan harga antara RM3.00 ke RM5.00 sehidangan.

No comments: