MY FOLLOWERS

Friday, October 12, 2012

Hidupan Liar - Dokumentari Winged Planet

Kredit kepada: Yahoo TV
Gambar ihsan: Yahoo TV


Assalamualaikum........


Dokumentari berkenaan burung ini dihasilkan dengan kerjasama produksi Discovery Channel dan BBC, "Winged Planet," ialah siri khas bersiaran selama 2 jam yang memaparkan dunia dari pandangan burung apabila ia terbang merentasi benua ketika migrasi. 

Pembikin filem berkenaan, John Downer, mencipta sejumlah kamera pengintip yang dilekatkan pada sayap sekumpulan burung bagi mendapatkan perspektif yang hebat.

Penonton seakan dibawa menaiki burung apabila ia terbang di udara. Sebagaimana dijelaskan oleh pihak Discovery dalam laman webnya, "Kamera pengintip membolehkan penonton melihat pandangan 3 dimensi seperti ketika menunggang di atas belakang burung seperti helang, burung jenjang, burung undan, angsa salji, dan banyak lagi burung sewaktu ia meluncur di atas beberapa bahagian benua Amerika, Afrika dan Eropah." 

Sewaktu ia terbang, burung-burung ini menggunakan panduan yang disediakan pada landskap untuk navigasinya, seperti mencari makanan dan kemudian berhijrah. Semuanya dirakam menerusi kamera yang dilekatkan. 

Kamera pengintip pada helang terbang merentasi Tasik Bogoria di Kenya ketika ia mencari makanan di sungai di bawahnya yang dipenuhi burung flamingo, sebelum menjunam dan menyambar mangsanya. Burung jenjang membawa penonton melihatnya meluncur di atas Lembah Loire di Perancis. Angsa Barnacle pula terbang dalam formasinya merentasi bahagian timur persisiran pantai Scotland. 


KLIK SINI untuk artikel dan video.

1 comment: