MY FOLLOWERS

Saturday, October 27, 2012

Artikel - Bila Bas Bergerak Sendiri.... :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...........

Hehehehehe.........

Kisah bermula pada suatu malam...

Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Seorang lelaki bersama rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui Jalan Kepong.

Setibanya mereka berdua di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India, tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Si Mamat ini tidak dapat menghidupkan enjin keretanya, walaupun sudah dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan dibeli. Mamat dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak juga sampai-sampai. Tanpa membuang masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu perlahannya bas tersebut, si Mamat dan rakannya dapat juga menaiki bas tersebut walaupun ia sedang bergerak.

Alangkah terkejutnya mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandu bas itu. Mereka memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas dan apabila mereka tiba di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, mereka ternampak sesuatu di luar bas melalui cermin belakang bas dan...


Ya Allah!.........

.....mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah!!

hehe....

1 comment:

Bella Lim said...

hahah punyalah aku baca penuh feeling. sekali lelaki india tolak bas. cissssss!