MY FOLLOWERS

Wednesday, October 24, 2012

Hiburan - John Doe

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

Siri John Doe ialah satu siri tv Amerika yang disiarkan di saluran Fox pada 2002-2003.



"I woke up in an island off the coast of Seattle. I didn't know how I got there ... or who I was. But I did seem to know everything else. There were things about me I didn't understand ... the brand, being colorblind, extreme claustrophobia. And while my gifts provided answers for others, I still search for my own. My name is John Doe."

Pada skrin pembukaan episod pertama siri ini, seorang lelaki misteri bangun dan mendapati dirinya berada di sebuah pulau di luar pantai Seattle, Washington, tanpa sebarang memori siapa dirinya dan bagaimana dia boleh sampai di situ. Walaubagaimanapun, selain perincian mengenai masa silamnya, lelaki yang hanya dikenali sebagai "John Doe" ini seperti memiliki kebolehan atau akses kepada semua jenis ilmu pengetahuan yang diketahui semua orang, apa sahaja contohnya jumlah bintik pada bola golf, populasi penduduk sesebuah negara, pasaran saham juga segala macam fakta. 

Di sepanjang siri satu musim ini yang terdiri daripada 21 episod, John cuba mencari petunjuk berkaitan masa silamnya dengan kebolehan yang dimilikinya sambil membantu jabatan polis Seattle menyelesaikan kes jenayah. Semakin dicari, petunjuk semakin jelas apabila John mendapati wujudnya konspirasi antarabangsa yang dikenali sebagai Phoenix Organization sedang memerhatikan setiap gerak langkahnya.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: