MY FOLLOWERS

Thursday, October 18, 2012

Berita - Seminar Usahawan Fotografi di KKKT Pada 14.10.2012

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum........



Seminar fotografi ini diadakan di dewan Kolej Komuniti Kula Terengganu pada 14.10.2012 dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Ceramah disampaikan oleh Encik Kamarulzaman Mahmud ini memberikan pendedahan mengenai apa yang perlu untuk menghasilkan foto-foto yang menarik dan bermutu tinggi selain peralatan seperti kamera DSLR, speed light atau flash, tripod dan juga komputer dengan diterangkan mengenai perinciannya. Turut disampaikan adalah kaedah bagaimana menjadikan fotografi ini sebagai satu cabang perniagaan. Semua pelajar jurusan Lukisan Senibina LS1 hingga LS4 terlibat. Sebagai memudahkan pelajar memahami, banyak contoh foto ditunjukkan. Faktor kreativiti dalam penghasilan foto yang  menarik juga disentuh kerana ia memberikan keunikan kepada foto yang dihasilkan.






Selain itu, menerusi seminar ini juga, beliau berkongsi pengalaman berkaitan bidang fotografi ini. Antara yang disentuh adalah etika kerja, perlunya nama syarikat yang mudah diingat serta peranan watermark dalam sesuatu foto yang diambil. Sebelum pulang, sedikit tugasan diberikan kepada para pelajar yang menghadiri seminar pada hari itu. Mereka semua diminta membentuk kumpulan kecil dan membentangkan nama kumpulan sebagai satu syarikat, misi serta visi masing-masing.


Sepanjang minggu ini:
14.10.2012 - Seminar Usahawan Fotografi
15.10.2012 - Lawatan ke Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Seberang Takir, KT.
16.10.2012 - Kelas seperti biasa
17.10.2012 - Bengkel T-Shirt Printing

18.10.2012 - Public Speaking




No comments: