Kredit kepada: KKKT, KPT, JKM, Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.......
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.......
Pada 15.10.2012 yang lalu, Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah mengadakan satu lawatan sempena Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang diadakan di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Seberang Takir. Program yang bertemakan Peneraju Komuniti Menabur Bakti ini disertai oleh 80 orang penuntut dari jurusan Program Teknologi Pembinaan dan Program Lukisan Senibina termasuk staf Kolej Komuniti Kuala Terengganu.
Program ini adalah salah satu daripada aktiviti riadah sambil beramal serta bertujuan memberi peluang para penuntut merehatkan minda secara santai selepas menyiapkan projek. Selain itu, ia juga adalah bagi memberi ruang dan peluang para penuntut bekerjasama sebagai satu kumpulan dan berkenal-kenalan antara pelajar berlainan semester.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari program ini ialah membersihkan kawasan sekitar, membina landskap, mengecat astaka, memotong rumput dan pokok. Acara dimulakan pada awal pagi selepas selesai sesi senaman ringan dan sarapan.
Program
ini turut mendapat liputan media apabila beberapa pelajar ditemubual
oleh wartawan dari akhbar Harian Metro, Utusan Malaysia dan Berita
Harian bagi segmen berkaitan kampus.
Pada
sebelah petang program ini, satu majlis diadakan bagi meraikan
anak-anak yatim yang menghuni Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi ini. Turut
hadir ialah pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ketua Program
Lukisan Senibina serta staf dari pengurusan Rumah Tunas Harapan Darul
Hilmi. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sedikit
ucapan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dalam ucapannya,
beliau mengalu-alukan mana-mana individu atau organisasi untuk
mengadakan program bagi meraikan anak-anak yatim dan segala sumbangan
adalah amat dihargai. Beliau juga berharap program sebegini dapat
diteruskan lagi di masa akan datang.
Sebagai
menutup tirai, sesi penyampaian hadiah diadakan bagi meraikan penghuni
rumah anak-anak yatim ini seramai 12 orang lelaki dan 8 perempuan.
Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu memulakan acara jam 8.00 pagi dan menutup tirai pada jam 5.00 petang.
Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu memulakan acara jam 8.00 pagi dan menutup tirai pada jam 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment