Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.........
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.........
Karnival Semarak Jawi Peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan di Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC) pada 18-20.10.2012 yang lalu. Karnival ini adalah anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Majlis perasmian karnival ini telah diadakan di Galeri A TTC pada jam 10.30 pagi - 12.30 tengahari.
Sebanyak 59 gerai dibuka sepanjang hari karnival berlangsung termasuk gerai jualan makanan. buku dan pakaian.
Karnival ini semakin mendapat sambutan meriah apabila acara pentas dilangsungkan pada hari pertama dengan penampilan Ustaz Zamri yang menjadi hos segmen Mari Eja Jawi Bersama Ustaz Zamri. Ustaz Zamri lebih dikenali sebelum ini menerusi rancangan Adik dan Al-Quran di saluran TV9. Segmen ini dimulakan jam 11.30 pagi. Pengunjung yang menyertai segmen ini adalah di kalangan para pelajar sekolah rendah sekitar Kuala Terengganu. Menerusi segmen ini, para pelajar tidak melepaskan peluang mempelajari dan mengenali huruf-huruf jawi yang menjadi tambahan kepada sebutan dalam Bahasa Melayu seperti ca, ga, nga, nya, pa, dan va. Mana-mana pelajar yang menjawab soalan dengan betul akan diberikan hadiah berupa hamper yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Zamri.
Dalam
masa yang sama, Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu dan
Perpustakaan Negara Malaysia turut membuka gerai yang mempamerkan
bahan-bahan sejarah yang ditulis dalam tulisan jawi. Antaranya teks dari
kitab sembahyang, kisah-kisah sejarah, al-Quran lama dan Pemasyhuran
Kemerdekaan. Di gerai mereka, pengunjung berpeluang melihat sendiri
demonstrasi kaedah memulihara bahan cetakan lama.
Karnival ini dibuka kepada pengunjung dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam sepanjang hari ia berlangsung.
No comments:
Post a Comment