Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum..........
Fuhh! KeTERERan pencuri yang sungguh mengkagumkan!
Kejadian berlaku di Amsterdam.
Jika dalam filem-filem Hollywood, pencuri profesional biasanya akan menggunakan rancangan yang diatur rapi dengan kelengkapan gajet canggih untuk mengelakkan dikesan, namun kejadian sebenar yang berlaku di sebuah galeri di Rotterdam adalah sebaliknya. Pencuri karya yang mencuri tujuh lukisan karya Picasso, Matisse dan Monet yang bernilai jutaan dollar hanya menggunakan pendekatan jauh lebih mudah iaitu kelajuan dan tenaga. Pencuri dari galeri Kunsthal menggunakan pendekatan lebih kepada "pecah dan ambil" berbanding "Ocean's 11."
Rabu lalu, polis berkata mereka tidak mempunyai sebarang suspek dalam kes rompakan hasil seni terbesar dalam negara lebih sedekad ini meskipun ada saksi memberikan banyak panduan kepada penyiasat.
Sebagaimana persoalan timbul berkaitan keselamatan di muzium, pengarahnya, Emily Ansenk, menolak kritikan yang dilemparkan mengenai pengawal keselamatan di muzium berkenaan dengan menegaskan bahawa galeri Kunsthal dilengkapi sistem keselamatan yang canggih dan menyatakan pihak insurans telah bersetuju menjaminnya.
Pun begitu, pencuri telah terlepas dan dianggarkan sejumlah lukisan yang dilarikan itu bernilai sekitar $100 juta jika dilelong.
Seorang penganalisis keselamatan berpengkalan di New York, Anthony Roman, berkata tahap keselamatan galeri ini adalah sangat 'asas' dan sistem penggera yang sedia ada tidak mampu untuk menghalang penjenayah.
"Pencuri tahu jarak yang polis perlu lalui untuk sampai ke muzium. Mereka faham tentang mekanisme dan tempoh masa diperlukan untuk lari antara waktu penggera berbunyi dan ketibaan penguatkuasa." katanya.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment