MY FOLLOWERS

Wednesday, October 17, 2012

Hiburan - Prison Break

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Prison Break ialah satu drama bersiri Amerika dicipta oleh Paul Scheuring, disiarkan di saluran Fox selama empat musim merangkumi 81 episod keseluruhannya. Disiarkan mulai 2005 hingga 2009. Siri berkisar mengenai dua beradik, seorang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan yang tidak dilakukannya, manakala seorang lagi merancang untuk melepaskannya dari penjara. Diterbitkan oleh Adelstein-Parouse Productions, dengan kerjasama Original Television dan 20th Century Fox Television. 

Musim pertama siri ini mengikuti kisah Lincoln Burrows (Dominic Purcell), yang dituduh membunuh Terrence Steadman (John Billingsley), abang kepada Pemangku Presiden Amerika. Lincoln dijatuhkan hukuman mati dan ditempatkan di Fox River State Penitentiary sementara menunggu hukuman dijatuhkan. Abangnya,  Michael Scofield (Wentworth Miller), yang yakin abangnya tidak bersalah dan merangka rancangan untuk melepaskan diri. Bagi memasuki penjara berkenaan, Michael melakukan rompakan bersenjata dan dimasukkan ke penjara yang sama. Di penjara berkenaan, Michael bertemu Sara Tancredi (Sarah Wayne Callies) ketika dia menipu menghidap diabetes tahap 1, bagi memudahkannya mendapat akses ke kemudahan penjara. Mereka turut  mendapat bantuan Veronica Donovan (Robin Tunney), yang menyiasat konspirasi yang menyebabkan Lincoln dimasukkan ke penjara. Walaubagaimana pun, mereka diawasi oleh ejen yang juga ahli organisasi The Company. The Company bertanggungjawab menuduh Lincoln, kerana hubungan ayahnya, Aldo Burrows (Anthony Denison), dengan syarikat berkenaan. Di hujung musim pertama siri ini, dua beradik ini bersama enam lagi pesalah yang kemudiannya dikenali sebagai Fox River Eight, melepaskan diri. Selain itu, mereka juga didorong oleh keinginan mahukan sejumlah wang yang ditawarkan oleh salah seorang pesalah lain, yang disimpan di satu lokasi di sebuah kawasan penempatan.

Musim kedua dimulakan 8 jam selepas mereka berlapan melepaskan diri. Banduan ini berpecah dan memulakan perjalanan ke banyak lokasi seluruh negara sambil mengejar impian masing-masing, sambil turut diawasi pihak berkuasa. Brad Bellick (Wade Williams) dipecat daripada jawatannya dan mengejar sendiri pesalah berkenaan bagi mendapatkan wang ganjaran. Beberapa pesalah ini bertemu semula bagi mencari sejumlah wang ini yang ditanam lama dahulu oleh pesalah Fox River yang lain, Charles Westmoreland (Muse Watson). Ejen persekutuan Alexander Mahone (William Fichtner) ditugaskan menjejaki dan menangkap kesemua lapan pesalah, namun kemudiannya didapati bekerja untuk The Company, yang mahu kesemua pesalah tersebut dibunuh. Apabila Sara menyedari ayahnya seorang gabenor, Frank Tancredi (John Heard), dibunuh, dia bertemu Michael, kekal bersama mereka untuk menjatuhkan President Reynolds, ahli The Company. Bagi memastikan keselamatan dua beradik ini, Sara membenarkan dirinya ditahan dan menghadapai perbicaraan. Sewaktu perbicaraan, testimoni bekas ejen Secret Service iaitu Paul Kellerman (Paul Adelstein), yang pernah bekerja untuk Presiden The Company, melepaskan  Lincoln dan Sara. Michael, T-Bag, Mahone, dan Bellick ditahan oleh pihak berkuasa Panama dan ditempatkan di PenitenciarĂ­a Federal de Sona.

Musim ketiga mengikuti Michael dalam penjara Sona dan Lincoln di luar Panama. Sona ialah penjara yang dikuasai banduan dan hanya dikawal dari luar ekoran rusuhan pada tahun sebelumnya. Burrows dihubungi oleh Gretchen Morgan (ahli The company yang berpengkalan di Panama) yang menculik anaknya LJ (Marshall Allman) dan Sara. Dia memberitahu The Company mahukan Scofield melepaskan James Whistler (Chris Vance) keluar dari Sona. Musim ini menumpukan percubaan Michael dan Whistler merangka pelan melepaskan diri di samping Michael perlu berdepan tekanan dan Lincoln berdepan pegawai The Company, Gretchen Morgan (Jodi Lyn O'Keefe). Sucre mendapat kerja di penjara bagi membantu Michael dalam rancangannya. Bila Lincoln cuba menyelamatkan Sara dan LJ berdasarkan petunjuk yang disediakan Sara, Gretchen mendakwa telah berdepan Sara dan menghantar kepala dalam sebuah kotak kepada Lincoln sebagai amaran. Di penghujung musim, pasangan ini berjaya melepaskan diri bersama Mahone dan banduan lain, Luis, meninggalkan T-Bag dan Bellick. Identiti Sucre dibocorkan oleh pegawai penjara dan dicampakkan ke Sona selepas cuba melepaskan diri. LJ dan Sofia ditukarkan dengan Whistler, dan Michael membalas dendam ke atas Gretchendi atas kematian Sara.

Musim ke-4 bertumpu kisah sepasukan yang dibentuk oleh ejen Homeland Security Don Self (Michael Rapaport) bagi mendapatkan Scylla. Sepanjang separuh musim ini bertumpu kisah pasukan ini berusaha memasuki Scylla, dan memcah masuk ibupejabat The Company bagi mencurinya. Sara kemudiannya didapati masih hidup, Bellick terbunuh, Self adalah talam dua muka dan merancang untuk menjual Scylla kepada pembida tertinggi. Lincoln memutuskan menyertai The Company untuk mendapatkannya kembali sementara Michael menderita akibat hypothalamic hamartoma. Dia dirawat oleh The Company dan mengetahui ibunya, Christina (Kathleen Quinlan)masih hidup dan adalah ejen The Company, didapati menyediakan Scylla untuk dijual kepada pembida tertinggi. Jalan cerita utamanya berakhir di Miami, sistem Scylla ditemui oleh Michael dan pasukannya, General dan Company ditumpaskan dan Christina dibunuh oleh Sara.

2 episod terakhir siri ini dan disiarkan sebagai filem untuk televisyen Prison Break: The Final Break. Dalam filem ini, menjelaskan apa yang berlaku sewaktu General dan Company ditewaskan dan mengenai parut aneh pada bahu Sara. Kisah mengenai penglibatan Sara dalam pusat tahanan Miami-Dade county kerana pengurangan kos, dengan Krantz dan T-Bag dalam kemudahan bersebelahan, Krantz mahu Sara dibunuh dan menawarkan ganjaran $100,000. Michael terdengar mengenai ganjaran ini dan membuat perancangan untuk melepaskan Sara. Mengetahui dirinya menghidap barah otak, Michael mengorbankan dirinya untuk abangnya, isteri dan anaknya.



Sumber pautan:  SINI  |  SINI   |   



No comments: