MY FOLLOWERS

Tuesday, October 30, 2012

Artikel - Kisah Si Alfonso dan 'Hang' :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...........


1908-Alfonso menyampaikan hasratnya kepada raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka adalah pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera).

1909-Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana.

Oct 1910-Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1912-Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.

Feb 1912-Alfonso menghantar perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan Pulau Pinang) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.


Seminggu kemudian...

FEB 1912-Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.


Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.

Perisik 1, 2, dan 3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: Selamat pagi.

Perisik 1: Beginilah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang.

Alfonso: Kenapa? kuat sangatkah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah dan Perlis yang mempunyai beribu-ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam-macam lagi hang ada kat sana .....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tidak jadi untuk pergi menyerang Kedah dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka yang amat mengerikan. Inikan pula untuk berhadapan dengan beribu-ribu hang di Kedah dan Pulau Pinang.


Layannnnn.... hahaha

1 comment:

abdooss said...

Bro,

Hahaha... dah pernah dengar lawak ni.. tapi masih lawak lagi.. haha :)