Gambar ihsan: Google Images
Video ihsan: Youtube
Assalamualaikum.........
Di zaman sekolah
Waktu itu saya berada di Tingkatan 3. Sewaktu diberikan hadiah ini, kami semua baru sahaja mahu mulakan kelas karate. Saya masih ingat, baju itu ada cop Milo. Kalau tidak silap, ia sempena Kejohanan Karate Terbuka Milo dengan jalur celoreng hijau di bahagian depannya. Hanya selepas itu adalah juga beberapa kawan yang minta, tapi sensei beritahu baju itu diberikan kepada semua kapten/presiden kelab sahaja. Apa boleh buat, terima sahajalah.. Kebetulan waktu itu adalah harijadi saya..
Bila di Tingkatan 5 pula, giliran saya yang beri pada orang. Budak perempuan itu yang saya suka sejak dari tahun sebelumnya.. hehehe.. Hadiah yang saya beri berupa satu set ckolat Ferrero Rocher bernilai dalam RM30. Cuma pada waktu itu belum jelas mengenai siapa di hatinya sebab ada juga dengar cerita yang dia diminati oleh pelajar dari kelas lain.
Di zaman universiti
Dua hari sebelum itu, saya sudah bertemu si dia di kampus. Pada waktu itu dia bersama kawan-kawannya yang lain. Saya diajak untuk datang dekat dan dia bisikkan sesuatu. Ahh, bukannya peribadi pun, cuma mengajak untuk berjumpa dua hari kemudian. Jadi, pada hari pertemuan itu hari Rabu sewaktu petang selepas pulang dari kelas, si dia mengajak untuk berjumpa berhampiran kedai pangsapuri asrama. Bila sampai sahaja depan mata, terkejut juga. Masakan tidak, kebetulan sama-sama pakai baju biru walaupun tidak berpakat. Terus kami sama-sama masuk dalam kedai dan dia hulurkan satu kotak kecil. Katanya kalau tidak mahu, buangkan sahaja. Haaa? Eh, takkanlah..tunggulah lepas buka dahulu.. Bila pulang ke bilik, saya terus buka kotak. Ada tali leher rupanya. Cantik. Pandai dia pilih :-) Pada minggu seterusnya, saya pun pakailah tali leher yang diberikan. Setibanya di kampus, sewaktu mahu turun dari bas, ternampaklah si dia dan dia tersenyum dengan gembiranya. Mungkin kerana terasa dihargai apabila hadiah yang diberikan diterima.
Kini semuanya tinggal kenangan. Hubungan ini putus sesudah 4 tahun bersama. Mungkin kerana kami berjauhan kerana masih dalam pengajian. Sudah tiada jodoh, terima sahajalah takdir. Ada hikmah di sebaliknya... [maaf sayang, sejak kita
dah putus, smua yg jadi kenangan tu abg dah buang dan ada sebhgn lg dh
bagi kat org.. abg xmoh ingat lg ...]
P/S: Menulis sambil mendengar lagu Good Time oleh Owl City dan Carly Rae Jepsen
1 comment:
dah ada yg tersayang pun kan skrg ni..
Post a Comment