MY FOLLOWERS

Wednesday, October 17, 2012

Berita - Pesara Polis Tertembak Anak Sendiri

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Insiden seumpama ini tidak sahaja berlaku dalam negara kita tetapi juga berlaku di luar negara. Sering kita baca di akhbar bapa tersilap melanggar anak ketika mengundurkan kereta dan seumpamanya, yang ini mungkin lebih teruk apabila menyangkakan yang ditembak itu adalah penceroboh.


Seorang pesara polis Chicago tertembak dan membunuh anaknya selepas tersilap menyangkanya penceroboh. 

Michael Griffin, 48, maut selepas tembakan terkena kepalanya di rumah bapanya di Chicago, lapor CBS Local Chicago.

Adalah satu kes yang tragik melibatkan bapa Michael, Detektif Polis Chicago James Griffin sebagaimana disifatkan oleh seorang lagi anaknya. 

"Abang saya kali terakhir dilihat sedang menonton rancangan Jay Leno dan bapa saya tertidur," kata Stephen Griffin kepada pihak berkuasa CBS Chicago. Menurut polis, Michael baru sahaja meninggalkan apartment dan pulang mengikut pintu belakang.

"Saya rasa bapa menganggap abang saya ada di rumah dan tidur, dan apabila ada orang masuk mengikut pintu belakang, dia dengan sendirinya menganggap itu sebagai penceroboh dan dia tidak tahu siapa yang ditembak ketika itu. Kemudian dia menghubungi saya dan memaklumkan berita buruk," kata Stephen Griffin, 47 kepada Chicago Tribune. 

Ibunya telah meninggal pada 1999 dan berasa lebih baik kerana ibunya tidak melihat insiden berkenaan.

Bapanya sudah berusia 77 tahun, adalah pegawai polis selama lebih 40 tahun, bertugas sebagai detektif homisid dan bersara pada 1998.

Dia memberitahu akhbar Chicago deria ayahnya tidaklah setajam dahulu namun dia masih sihat untuk bermain dalam liga bola keranjang tempatan.

Ini adalah insiden kedua dalam beberapa minggu kebelakangan ini melibatkan ayah tersilap menembak anak dan menyangkanya penceroboh. Bulan lalu, seorang guru dari Connecticut menembak dan membunuh seorang lelaki bertopeng di kawasan kejiranannya yang kemudiannya menyedari yang ditembak itu adalah anaknya sendiri. 

Polis Chicago belum memfailkan sebarang tuduhan dalam kes Griffin dan siasatan masih dijalankan. 

"Saya masih takut," kata Griffin kepada Tribune mengenai kes bapanya. "Saya sendiri memiliki dua anak dan tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan mereka."


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: