MY FOLLOWERS

Saturday, October 20, 2012

Kesihatan - 11 Makanan Penyebab Sakit

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum......

Ayam mentah dan daging mengandungi bakteria berbahaya termasuksalmonella, listeria, campylobacter, and E. coli. Dianggarkan sekurang-kurangnya 30-40% penyakit berpunca daripada makanan disebabkan oleh ayam dan daging. Bakteria dapat dihapuskan dengan cara memasaknya.

 

Pihak CDC menyatakan 14% kes keracunan makanan datangnya daripada sayuran salad. Kebanyakan bakteria terdapat pada bahagian luar daunnya. Pisahkannya dan basuh beberapa kali. Daun dalam pek yang dijual juga perlu dibasuh sedemikian.

 


Telur boleh tercemar dengan bakteria salmonella. Simpannya dalam peti sejuk dan masaknya sebelum makan. Elakkan makan telur secara mentah atau cair. Pada 2010, lebih daripada 500 juta biji telur ditarik balik dari pasaran apabila lebih 1500 orang dijangkiti salmonella. 

 

Daging tuna mentah yang tidak disimpan rapi dalam peti sejuk boleh menyebabkan keracunan daripada bahan yang terbentuk dalam daging yang membusuk yang dipanggil scrombotoxin. Antara simptom akibat keracunan tuna ialah sakit kepala, kekejangan, loya, mual, dan penghilangan terjejas. Memasak tidak akan memusnahkan daging yang telah tercemar. FDA memberi amaran bahawa scrombotoxin adalah berbahaya kepada orang dewasa dan mereka-mereka yang mempunyai sistem pertahanan yang terjejas dan berkata bahawa ia sering tidak dilaporkan kerana masyarakat tidak mengaitkan gejala yang berlaku dengan pengambilan ikan.  


Tiram mentah mungkin dicemari norovirus, yang boleh menyebabkan gastroenteritis, atau vibrio, iaitu sejenis bakteria berbahaya yang ada kaitan dengan kolera. FDA mengesyorkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan agar mengelakkan memakan tiram mentah. 


Keracunan makanan yang dikaitkan dengan ubi kentang selalunya disebabkan hidangan yang tidak disimpan dengan betul dalam peti sejuk. Ubi kentang yang dibakar dalam kerajang aluminium terlalu lama juga boleh menyebabkan berkembangnya botulism. Bersihkan dan masak sebaiknya sebelum simpan hidangan dalam peti sejuk. 




Susu yang dipasturkan juga boleh menyebabkan keracunan makanan apabila ia 'dijangkiti' bakteria daripada susu yang tidak dipastur. Mesin aiskrim yang tidak dibersihkan dengan kerap juga boleh membiakkan bakteria.




Keju boleh tercemar sewaktu diproses tetapi bahaya juga boleh datang daripada memakan keju yang diperbuat daripada susu yang tidak dipastur. Keju mentah, jenis lembut, mungkin membawa kuman listeria, sejenis patogen yang selalunya berbahaya kepada wanita yang mengandung. 


Oleh sebab cara makanan diedarkan menerusi sistem agrikultur, tersebarnya salmonella boleh menjejaskan beribu orang. Salmonella boleh membiak dalam buah mentah tetapi akan bertambah apabila tomato dipotong dan ditinggalkan dalam persekitaran terbuka. Simpannya dalam peti sejuk. 

 


Keadaan yang panas dan lembab adalah ideal untuk pertumbuhan taugeh juga membiakkan bakteria. CDC mencadangkan kepada kanak-kanak, orang dewasa dan sesiapa yang mempunyai masalah sistem pertahanan badan agar mengelakkan memakan taugeh. 



Sejak 1990, CSPI menyatakan terdapat 25 laporan berlakunya keracunan makanan berpunca daripada beri. FDA menyatakan pencemaran biasanya berlaku sewaktu menuai atau daripada air yang sudah tercemar. Masalah besarnya ialah sebaran wabak akan memberikan kesan ke atas beribu-ribu pengguna, contohnya apabila pekerja ladang mencemarkan 2.6 juta paun strawberi dengan Hepatitis A pada 1997. Basuh beri sebaiknya dan dapatkan sumber tempatan yang boleh dipercayai untuk mendapatkan sumber buah berkenaan.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: